IKLAN UITM
KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN JULAI-OGOS 2023
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat pelantikan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (Bumiputera).
- Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
- Sihat tubuh badan.
- Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
- Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
- Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
- Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
- Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf Jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 24 Julai hingga 10 Ogos 2023).
3. Kadar Bayaran – RM 4.00 sejam.
4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 27 Jun 2023 kepada:
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Peperiksaan dan Percetakan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Perlis
02600 Arau Perlis
5. Seorang pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
Pautan Borang Permohonan: https://bit.ly/PPPExam20232
Post a Comment
0 Comments