TERKINI: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Akan Mula Dilaksanakan Dari Peringkat Sekolah Menengah, Layari Sekarang!

Pihak kerajaan telah mencadangkan untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang mana akan bermula pada sekitar pertengahan tahun depan. Program ini akan melibatkan fasa pra PLKN di peringkat sekolah terlebih dahulu.

Datuk Seri Khaled Nordin, selaku Menteri Pertahanan berkata bahawa PLKN di peringkat sekolah akan dimulakan pada pertengahan tahun hadapan iaitu diantara bulan Jun 2025 atau Julai 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan modul yang bakal digunakan dalam pelaksanaan PLKN peringkat sekolah mengikut ketetapan dalam generasi MADANI.




FORMAT BAHARU PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 3.0

Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali sebagai PLKN akan mula diperkenalkan pada tahun hadapan. Ianya masih lagi mengekalkan identiti program tersebut yang mana memfokuskan latihan asas kenegaraan serta ketenteraan kepada remaja.

Namun begitu, terdapat beberapa ciri penambahan baharu seperti siri latihan yang dibahagikan kepada dua fasa. Dua fasa tersebut ialah:

1. Fasa Pra PLKN
  • Ianya melibatkan pelajar tingkatan 4 sahaja yang menjalani latihan PLKN di sekolah pada waktu kokurikulum.
2. Fasa PLKN Asas
  • Ianya melibatkan remaja berumur 17 tahun ke atas.

Untuk makluman anda, kedua-dua fasa tersebut bakal diperkenalkan seawal bulan Jun tahun hadapan.


FASA PLKN ASAS

Bagi fasa ini, para pelatih terdiri daripada remaja yang berumur 17 tahun dan ke atas. Program latihan ini akan dijalankan selama 45 hari. Sebanyak 30% pengisian adalah berkenaan dengan asas kenegaraan dan 70% berkenaan dengan asas latihan ketenteraan.

Latihan yang akan dilalui oleh para pelatih adalah secar intensif, lapangan dan juga praktikal.

Pecahan serta butiran lanjut mengenai modul-modul yang akan dipelajari oleh para pelatih semasa Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti yang berikut:

1. Modul Asas Kenegaraan
  • Mengikut sukatan dari Kementerian Pengajian Tinggi(KPT).
  • Mempunyai elemen jati diri, cinta negara dan elemen perpaduan.
2. Modul Asas Ketenteraan
  • Dibangunkan oleh pihak Kementerian Pertahanan Malaysia.
  • Berteraskan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.
  • Budaya kehidupan tentera seperti displin, ketetapan masa tersusun dan mandiri.

KEM LATIHAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 3.0

Tempat kem latihan bagi program ini adalah berbeza mengikut fasa masing-masing. Ianya terbahagi kepada dua iaitu:

1. Fasa Pra PLKN
  • Dilaksanakan di Sekolah Menengah masing-masing mengikut waktu Ko-Kurikulum dan tidak sepenuh masa.
2. Fasa Asas PLKN

Dibuat mengikut keberadaan para pelatih pada:
  • 20 universiti awam
  • 13 kem Askar Wataniah
  • Beberapa politeknik terpilih seluruh negara


PLKN 3.0 LANJUTAN

Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan berkata bahawa fasa peringkat latihan lanjutan telahpun dibincang. Ianya sama ada pihak kementerian perlu melihat kepada soal peluang yang dibuka kepada orang awam, termasuklah dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang mengikut Kem PLKN ini.

Beliau percaya dan yakin bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini sangat positif khususnya untuk masa depan negara dan akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

KELEBIHAN MENGIKUT PLKN 3.0

Bagi setiap latihan khusus yang dibangunkan untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah amat bersesuaian untuk diserap masuk ke dalam anggota angkatan yang tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan.

PENAFIAN

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Post a Comment

0 Comments