Langkah Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024, Semak Sekarang!


Langkah Memohon Rumah Mesra Rakyat 2024 - Pihak kerajaan Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Berhad telah bersetuju untuk meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak. Golongan ini seharusnya memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Rumah Mesra Rakyat atau lebih dikenali sebagai 'RMR' memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM75,000 sehingga RM85,000. Sebanyak lebih 58,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan dengan cara memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.


RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2024

RMR ini diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal sekadar di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa dan sempurna.

Bantuan RMR ini akan diberikan kepada penerima yang layak dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah.

CIRI-CIRI RMR 2024

Untuk pengetahuan anda, harga RMR adalah berbeza mengikut daerah dan negeri. Namun, konsep binaan rumahnya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga bantuan bina RMR mengikut negeri adalah seperti yang berikut:

1. Semenanjung (Keluasan Rumah : 750 KPS)
  • Harga: RM75,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

2. Pulau di Semenanjung (Keluasan Rumah: 750 KPS)
  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

3. Sabah/Sarawak/Labuan (Keluasan Rumah: 750 KPS)
  • Harga: RM75,000 - RM106,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 - RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 - RM470








SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memeiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk)
  • Tapak/tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemlik tanah terlebih dahulu.

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN RMR

Langkah untuk membuat permohonan RMR adalah seperti yang berikut:

1. Secara Online
  • Anda boleh melayari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik 'Pendaftaran Baru' dan isi borang dengan butir yang lengkap.
  • Setelah itu, 'ID Login' dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang dihantar.
  • Anda perlu 'Log Masuk' ke SPNB beserta ID dan Kata Laluan yang diberikan.
  • Borang tersebut perlulah dilengkapkan.
  • Selepas selesai mengisi borang, klik 'Selesai Pendaftaran' dan 'Cetak Borang'.
  • Anda perlu menghantar borang tersebut beserta dengan dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan.
2. Secara Borang
  • Borang permohonan tersebut boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali ke SPNB selepas permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR adalah seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Surat Akuan Sumpan/Surat Pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat Akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/Surat Akuan Sumpah Pendapatan/Surat Pengesahan Pendapatan Pemohon/Pemohon Kedua.
Sekiranya bekerja sendiri:
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM).
  • Dokumen Sokongan Tambahan (Jika ada).

Untuk makluman anda, Surat Pengesahan Pendapatan / Tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

Pihak SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RMR

Maklum balas permohonan yang telah dibuat akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan daripada tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Pemohon yang ingin mendapatkan RMR perlu bertanggungjawab untuk:
  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Membuat pinjaman kepada pihak bank/institusi kewangan jika perlu.
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan yang mengikut spesifikasi.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

Post a Comment

0 Comments