Bantuan Rumah PPRT 2024: Syarat Kelayakan & Cara Memohon, Layari Sekarang!

PPRT atau lebih dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin adalah merupakan sebuah program di bawah SPKR. ianya bertujuan untuk pembasmian kemiskinan luar bandar serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dnegan lebih baik lagi.

Maklumat lanjut berkenaan tentang PPRT serta cara untuk membuat permohonan adalah seperti yang berikut:

PROGRAM PPRT 2024

Objektif utama PPRT ini diperkenalkan kepada masyarakat adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan sebuah tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat sebagai satu asas pertumbuhan sesebuah keluarga.


SKOP BANTUAN PROGRAM RUMAH PPRT

Kawasan liputan bai PPRT adalah di kawasan luar banda dan juga kawasan-kawasan yang telahpun diputuskan oleh pihak kerajaan. Terdapat 2 kategori bagi skop PPRT ini:

Bina Baharu
  • Bantuan untuk pembinaan rumah yang bahari kepada penerima yang tidak mempunyai sebarang rumah atau rumah yang didiami telah uzur, tidak selamat diduduki dan tidak mempunyai ekonomi yang kukuh untuk membaiki rumah.

Baik Pulih

Baik Pulih ini melibatlan 3 elemen yang berikut:
  • Requisition
  • Penyelenggaran
  • Penambahbaikan

Skop bantuan untuk membaik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas bagi sesebuah rumah.

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama ataupun setara dengan rujukan spesifikasi suatu bahan binaan .

KADAR BANTUAN PPRT 2024

Kadar Bantuan bagi skop Bina Baharu adalah seperti yang berikut:

  • Kawasan: Semenanjung
  • Ciri-ciri: 3 Bilik (660 kps)
  • Kadar Siling (RM): 66,000
  • Kawasan: Sabah / Sarawak / W.P Labuan
  • Ciri-ciri: 3 Bilik (660 kps)
  • Kadar Siling (RM): 79,000

Kadar Bantuan bagi skop Baik Pulihadalah seperti yang berikut:

  • Kawasan: Semenanjung
  • Kadar Siling Bantuan (RM): 15,000
  • Kawasan: Sabah / Sarawak / W.P Labuan
  • Kadar Siling Bantuan (RM): 17,000

KUMPULAN SASAR PPRT

Kumpulan Sasar PPRT ini adalah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan juga miskin yang telah ditetapkan berdasarkan Pendapatan Garis Kmeiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria Kumpulan Sasar bagi penerima bantuan PPRT yang layak adalah seperti yang berikut:
  • Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri atau
  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) atau
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan atau
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

SYARAT PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN PPRT

Bantuan Bina Baharu

Syarat untuk mendapatkan Bantuan Bina Baharu adalah seperti yang berikut:
  • tidak mempunyai rumah;
  • tidak ekonomik untuk dibaiki; atau
  • memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami; atau
  • pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
Bantuan Baik Pulih

Syarat untuk mendapatkan Bantuan Baik Pulih adalah seperti yang berikut:
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
  • Mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
Anda boleh memuat turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah di:
Selain daripada memenuhi syarat yang telah ditetapkan di atas, keutamaan bantuan juga akan diberikan kepada:
  • warga emas
  • orang kurang upaya (OKU)
  • mangsa bencana yang berskala kecil
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  • keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
CARA PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN PPRT

Permohonan untuk mendapatkan bantuan PPRT akan dilakukan secara atas talian (online). Ianya perlu diisi dengan teliti dan lengkap.

Anda diminta untuk menyediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum membuat dan menghantar permohonan.

Kegagalan melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Link Permohonan: MOHON ONLINE PPRT


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkenaan tentang Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT, anda boleh melayari laman web PPRT atau hubungi Pihak yang berkaitan di 03 8000 8000.


Post a Comment

0 Comments