Informasi
STR Fasa 4 : Bayaran Sebanyak RM900 & RM1,200 Dikreditkan Untuk Golongan Ini, Semak Sekarang!
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia adalah sebagai salah satu inisiatif daripada pihak kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi menghadapi cabaran kos sara hidup yang kian meningkat.
Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500, mereka layak untuk menerima sumbangan tunai ini sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Di samping itu, pihak kerajaan juga akan memberikan bantuan tambahan STR sebanyak RM600 kepada golongan isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih yang dperolehi.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Penjelasan berkenaan dengan tarikh bayaran dan jumlah bayaran bagi setiap kategori bagi STR Fasa 4 ini adalah seperti yang berikut:
- Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada bulan November 2023.
Jumlah bayaran bagi setiap kategori adalah seperti yang berikut:
- Kategori Isi Rumah (Tiada Had Umur) dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500 ke bawah dan bilangan anak adalah 0:
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM200.
- Bagi isi rumah dengan 1-2 anak, jumlah bayaran adalah RM600.
- Bagi isi rumah dengan 3-4 anak, jumlah bayaran adalah RM900.
- Bagi isi rumah dengan 5 dan lebih anak, jumlah bayaran adalah RM1,200.
- Kategori Isi Rumah (Tiada Had Umur) dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500 - RM5,00 dan bilangan anak 0:
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM0.
- Bagi isi rumah dengan 3-4 anak, jumlah bayaran adalah RM300.
- Bagi isi rumah dengan 5 dan lebih anak, jumlah bayaran adalah RM500.
- Kategori Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 ke bawah dan bilangan anak 0:
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM200.
- Kategori Bujang (21-59 tahun) dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500 ke bawah dan bilangan anak 0:
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM0.
- Kategori Bujang OKU (19-59 tahun) dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500 ke bawah dan bilangan anak 0:
- Jumlah bayaran adalah sebanyak RM0.
Sila ambil perhatian bahawa kategori dan jumlah bayaran ini mungkin berbeza bergantung kepada syarat dan juga ketentuan yang terkini.
JADUAL RASMI PEMBAYARAN STR MENGIKUT TURUTAN
Jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023 adalah seperti yang berikut:
- Fasa 1: Bermula 17 Januari 2023
- Fasa 2: Bermula 5 April 2023
- Fasa 3: Bermula 26 Jun 2023
- Fasa 4: Bermula November 2023
Bagi mereka yang permohonannya tidak diluluskan semasa pembayaran STR Fasa 3, jangan berputus asa bagi mereka yang telah mengajukan rayuan pada bulan Mac yang lalu.
STR Fasa Keempat akan membawa baki bayaran yang dinantikan oleh kita semua.
CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 4
Untuk makluman anda semua, semakan status boleh dilakukan memlalui pautan yang berikut:
Untuk mengakses MySTR, anda boleh klik pada pautan Log Masuk dan masukkan nombor MyKad pemohon beserta dengan pengesahan kata kunci keselamatan.
- Setelah itu, anda akan dapat melihat maklumat seperti nama pemohon, nombor MyKad, status permohonan dan maklumat pembayaran untuk Fasa 1 (Jika layak).
- Bagi menyemak pembayaran pada Fasa 1, anda boleh klik pada menu yang berkaitan dan masukkan kata laluan yang diperlukan.
- Contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan adalah seperti yang berikut:
KADAR BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 4
Untuk makluman anda, kadar tambahan bayaran STR untuk tahun 2023 ini adalah sebanyak RM600 dan ia diperuntukkan khas kepada isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan untuk kadar tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar yang telah ditetapkan, iaitu RM1,169 menurut semakan agensi pendapatan.
- Terdaftar sebagai penerima Miskin Tegar dalam sistem e-Kasih.
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah:
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM5,000:
Bayaran tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar yang bernilai RM100 untuk barangan makanan asas. Ianya akan diberikan selama tempoh 6 bulan.
KADAR TAMBAHAN BAYARAN STR FASA 4 : BANTUAN UNTUK PENERIMA MISKIN TEGAR
Kadar tambahan bayaran STR Fasa 4 adalah satu bentuk bantuan yang dinanti-nantikan oleh penerima isi rumah yang berada dalam kategori Miskin Tegar.
Dalam usaha pihak kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara, bantuan ini akan disalurkan dengan syarat-syarat tertentu agar sasarannya tepat pada mereka yang memerlukan.
Pertama, bantuan ini hanya dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori Miskin Tegar. Ini termasuklan penerima yang tersenarai dalam e-Kasih.
Dengan mengambil kira kategori ini, pihak kerajaan dapat memastikan bahawa bantuan ini disalurkan pada mereka yang benar-benar memerlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak3 kali diberikan), ID MySTR anda akan disekat dan dibenarkan untuk membuat percubaan selepas tempoh 24 jam.
Untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini,
- Hubungi LHDNM berhampiran atau
- Talian Hotline BKK LHDNM 1 800-88-2747.
atau anda boleh melayari Portal Rasmi:
Post a Comment
0 Comments