Informasi
Bantuan Sara Hidup (BSH): Bantuan Sebanyak RM300 Sebulan, Permohonan & Syarat Kelayakan, Semak Segera!
Pengumuman daripada pihak kerajaan berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan khususnya untuk Veteren Tidak Berpencen pada umur 60 tahun adalah merupakan berita yang ditunggu-tungu oleh seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak sekian lama.
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang mana dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 7 Ogos telah bersetuju.
Pemanjangan berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan untuk Veteren Tidak Berpencen pada usia 60 tahun berbanding dengan usia 80 tahun sebelum ini.
Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini akan berkuatkuasa pada bulan September 2023 dan akan memberi manfaat kepada 41,970 Veteren Tidak Berpencen.
Pihak kerajaan telahpun mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh Veteren Tidak Berpencen atas khidmat bakti, jasa dan juga pengorbanan mereka dalam menjaga keseleamatan dan juga keamanan negara.
APAKAH BANTUAN SARA HIDUP?
Bantuan ini adalah merupakan sebuah bantuan kewangan secara bulanan yang diberi kepada Veteren ATM. Ianya bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Setiap permohonan yang diluluskan oleh pihak kerajaan akan mula untuk berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan tersebut akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut. Hal ini dilakukan adalah untuk memastikan sama ada Veteren ATM atau penerima BSH tersebut layak untuk menerimanya atau tidak.
Bagi Veteren ATM, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun tersebut.
SYARAT-SYARAT BANTUAN SARA HIDUP
Laman portal Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM memaklumkan bahawa syarat-syarat untuk mendapatkan BSH ini adalah seperti yang berikut:
- Veteren ATM
- Merupakan bekas tentera British yang berkhidmata di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak.
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa.
- Bekas anggota tetap Anggota Tentera Malaysia
Tanpa mengira tempoh berkhidmat:
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Had umur yang layak untuk dipertimbangkan BSH asalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang daripada 8 tahun dan di bawah 21 tahun sekiranya masih belajar, Tiada syarat had umur sekiranya cacat kekal.
- Faktor penyakit atau kesihatan yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH ini.
KADAR BANTUAN
Untuk makluman anda, kadar bantuan bagi BSH ini adalah sebanyak RM300 sebulan.
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Anda hendaklah memuat turun dan melengkapkan Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
- Borang permohonan tersebut hendaklah diisi sendiri oleh pemohon ataupun warisnya. Semua butir-butir dan juga keterangan yang diperlukan mestilah tepat, betul dan benar. Pemohon akan bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut kediaman veteran.
- Permohonan akan disiasat bertujuan untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Sekiranya anda ingin membuat semakan status permohonan, klik Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV
KENYATAAN MEDIA
INFO LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, hubungi JHEV di:
atau hubungi di talian 03-2050 8000
Post a Comment
0 Comments