TERKINI: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sebanyak RM600 Mula Dikreditkan Hari Ini, Layari Sekarang!


Untuk makluman anda semua, terdapat lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 bermula Isnin, 17 Julai 2023.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata bahawa sumbangan itu adalah untuk membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas untuk kelangsungan hidup.


Maklumat lebih lanjut berkaitan dengan Sumbangan Asas Rahmah serta kategori bagi penerima yang layak adalah seperti yang berikut:


SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) ni adalah merupakan suatu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang mana bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Berikut adalah merupakan pemohon yang layak untuk menerima STR jika memenuhi kategori kelayakan:

1. Isi Rumah
  • Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat atau
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah atau
  • Berkahwin

2. Bujang
  • Bujang atau Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Had Umur adalh 21 - 59 tahun dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

3. Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Had Umur adalah 60 tahun dan ke atas dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Nota: Individu yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta/ hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak sahaja/tanggungan permohonan bagi isi rumah dan tidak dibenarkan untuk membuat permohonan sebagai individu yang bujang.


Pihak kerajaan akan memberikan Sumbangan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARa) yang mana berjumlah sebanyak RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang ada pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri ataupun Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalan bentuk:
  • Bakul Makanan
  • Baucer Makanan Asas yang bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA SUMBANGAN ASA RAHMAH (SARA)

Jumlah kadar tambahan bagi STR ini adalah sebanyak RM600. Ianya dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kadar tambahan ini adalah layak bagi:
  • Pendapatan isi rumah yang tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.

SEMAKAN KELAYAKAN

Kepada mereka yang tidak pasti sama ada nama mereka tersenarai dalam e-Kasih atau tidak, anda boleh membuat semakan pendaftaran di pautan yang berikut:

Sekiranya anda ingin mendaftar, anda boleh merujuk langkah-langkah pendaftaran pada pautan di atas.

KADAR BANTUAN & KAEDAH PENYALURAN

Sumbangan tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar bagi barangan makanan yang asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) ini akan diagihkan melalui pengkreditan ke kad pengenalan yang didaftar bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih )maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

TARIKH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Anda boleh rujuk jadual yang berikut:
  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)


MAKLUMAT LANJUT

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazam (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan yang berikut untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut:

Post a Comment

0 Comments