Bantuan Khas: Bantuan Sebanyak RM350 Bagi Golongan Bujang, Belia & Mahasiswa, Layari Sekarang!

Melalui pembentangan Belanjawan 2023 yang mana melibatkan sebanyak RM388 billion, terdapat sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Khas RM350 yang dikhususkan untuk semua golongan mahasiswa, bujang dan juga belia di seluruh negara.

Hal ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu di Dewan Rakyat.

Tujuan Bantuan Khas RM350 ini disalurkan adalah untuk meringankan beban golongan muda bagi menghadapi kos sara hidup dan kos pendidikan yang semakin meningkat dan mencabar.

Informasi berkenaan dengan bantuan ini adalah seperti yang berikut:

TARIKH & KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS RM350

Untuk pengetahuan anda, bantuan khas ini akan dikreditkan pada kadar dan juga tarikh yang berasingan iaitu pada bulan Jun dan Julai tahun 2023.

Beberapa hari yang lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pengkreditan bayaran sebanyak RM200 akan dilaksanakan pada bulan Jun. Ia dipetik daripada sebuah program bersama dengan masyarakat di Langkawi beberapa hari yang lepas.

Bagi pengkreditan bayaran sebanyak RM150 pula, ia akan dikreditkan pada bulan Julai berdasarkan dengan kalendar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
  • RM150 - Julai 2023
  • RM200 - Jun 2023

Bayaran RM150 tersebut akan dikreditkan secara khusus untuk golongan bujang yang berumur 21 sehingga 59 tahun. Bagi bayaran RM200 pula dikhususkan kepada golongan mahasiswa dan belia yang berkelayakan.

LANGKAH MEMOHON BANTUAN KHAS RM350

Untuk makluman anda smeua, bantuan sebanyak RM200 ini juga adalah untuk memupuk keterlibatan golongan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dan remaja dalam meluaskan penggunaan aplikasi e-Wallet dan dikenali sebagai Program e-Tunai Belia Rahmah.

Sekiranya sebelum ini bayaran RM200 hanya untuk remaja yang berusia diantara 18 hingga 20 tahun, kni bantuan ini adalah secara menyeluruh kepada golongan belia dan mahasiswa yang berkelayakan.

Tambahan pula, bantuan sebanyak RM150 pula adalah merupakan sebuah program Sumbangan Tunai Rahmah yang mana mengkhususkan pengkreditan kepada golongan bujang yang berusia diantara 211 sehingga 59 tahun.

Cara untuk membuat permohonan bagi bantuan RM200 adalah seperti yang berikut:
  1. Permohonan bantuan sebanyak RM200 tersebut boleh dilakukan di setiap aplikasi e-Wallet yang telah diberikan kelulusan.
  2. Antara aplikasi yang telah diberi kelulusan adalah seperti BigPay, Touch n Go, Boost dan sebagainya.

Cara untuk membuat permohonan bagi bantuan RM150 adalah seperti yang berikut:
  1. Permohonan bantuan RM150 pula adalah melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Sekiranya pemohon layak, pengkreditan bayaran akan dilaksanakan seara berperingkat bermula pada bulan Julai 2023

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh merujuk pihak yang berikut:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Post a Comment

0 Comments