Bantuan e-Wallet 2023: Bantuan RM200 e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia, Semak Sekarang!

Pihak kerajaan telahpun mengumumkan sebuah bantuan e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet. Ia adalah untuk membantu golongan belia, memulihkan perniagaan dan menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk bantuan e-Wallet ini. Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada dua juta belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Diharapkan agar bantuan ini akan memberi manfaat dan meringankan kos sara hidup golongan belia di seluruh negara.

APAKAH ITU E-TUNAI BELIA RAHMAH

e-Tunai Belia Rahmah ini adalah merupakan suatu bentuk inisiatif daripada pihak kerjaan Malaysia Madani kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023. Hal ini adalah berdasarkan pembentangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2021, bantuan ini dikenali sebagai e-Belia dan dijenamakan semula kepada e-Pemula pada tahun lalu.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meringankan beban kewangangolongan belia serta membantu untuk memulihkan perniagaan para pekedai fizikal.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

SYARAT KELAYAKAN

Pihak kerajaan belum lahi mengumumkan berkenaan dengan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2023. Namun, sekiranya dirujuk kepada bantuan e-Pemula tahun lalu, syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Telah mencapai umur 18 hingga 2 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004).
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar dengan salah satu kementerian yang berikut
    • Kementerian Pengajian Tinggi
    • Kementerian Pendidikan
    • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
    • Kementerian Pembangunan Luar Bandar
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Kementerian Sumber Manusia
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan

Nota: Syarat-syarat yang terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


BANTUAN E-WALLET MAHASISWA BAKAL DIPERLUAS

Pihak kerjaan akan memperluaskan lagi bantuan e-Wallet sebanyak RM200 kepada seluruh pelajar universiti di negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia berkata demikian ketika mengulas berkaitan dengan soalan mahasiswa berhubung dengan inisiatif yang mana dilihat tidak diterima secara menyeluruh oleh penuntut universiti.

Buat masa ini, bantuan ini hanya dinikmati oleh pelajar yang berusia 18 hingga 20 tahun sahaja.

TARIKH PERMOHONAN

Berdasarkan laporan berita Facebook Kementerian Kewangan dan Utusan Malaysia, bantuan kewangan e-Wallet sebanyak RM200 untuk golongan mahasiswa akan mula untuk diberikan pada bulan Jun. Ianya akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kewangan.

Pemberian bantuan e-Wallet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada bulan Jun 2023 iaitu pada bulan ini.

PENYEDIAAN PERKHIDMATAN

Penyedia perkhidmatan yang akan terlibat dalam program e-Wallet (e-Belia Tunai Rahmah) 2023 ini adalah:
  • Touch 'n GO e-Wallet
  • ShopeePay
  • GrabPay
  • BigPay
  • Lain-lain yang mungkin diumumkan kelak

JUMLAH KREDIT E-TUNAI BELIA RAHMAH

Jumlah kredit bagi bantuan yang diumumkan ini adalah sebanyak RM200. Jumlah ini adalah lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan program e-Pemula pada tahun lepas iaitu RM150.

MANFAAT E-TUNAI BELIA RAHMAH

Bantuan ini akan memeri peluang kepada belia untuk membiasakan diri dengan penggunaan e-Wallet dan juga ekonomi digital. Selain daripada itu, program ini juga dapat membantu sedikit sebanyak golongan belia untuk mengurangkan penggunaan wang tunai dan juga mempromosikan pembayaran tanpa tunai.

Belia juga akan dapat membeli barangan atau perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih cepat dan mudah. Ianya akan membantu untuk meningkatkan daya saing belia dalam era yang serba ekonomi digital ini.

INFO LANJUT

Untuk mengetahui info yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh melayari

Post a Comment

0 Comments