Informasi
Permohonan Bantuan Bagi Ibu Bersalin RM450 Kini Dibuka, Layari Sekarang!
Pihak kerajaan negeri Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada masyarakat. Antaranya ialah seperti Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Bantuan ini adalah sebanyak RM450 dalam bentuk tunai khas untuk ibu yang berstatus 'K' atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus 'K' yang melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan yang sihat dan juga penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Ianya bermula pada tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status ekonomi.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Berikut adalah merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Bantuan Ibu Bersalin (BIB):
- Warganegara Malaysia
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
- Permohonan boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen-dokumen seperti yang berikut perlulah disertakan dengan permohonan:
- Salinan kad pengenalan / pasport Ibu
- Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’
- Salinan buku rekod kesihatan ibu;
- Salinan penyata akaun bank terkini
- Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)
Untuk membuat permohonan, anad boleh melakukannya di pautan yang berikut:
i) Secara Online di aplikasi iSarawakCare
- Muat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App Store
- Maklumat Lanjut: https://isarawakcare.sarawak.gov.my
ii) Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching Sahaja).
- Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2022
Peringatan/Makluman
Peringatan kepada pemohon adalah seperti yang berikut:
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020.
- Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar.
- Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini, anda boleh KLIK DISINI. Untuk makluman yang lebih lanjut, sila layari pautan yang berikut:
Post a Comment
0 Comments