Bantuan i-Fitri: Permohonan bagi Bantuan Aidilfitri RM300 Tahun 2022, Layari Sekarang!

Untuk makluman anda semua, permohonan untuk mendapatkan bantuan i-Fitri ini adalah berjumlah sebanyak RM300. Bantuan ini adalah sekali bayar atau 'one-off' dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan sehingga 31 Mac 2023. Bantuan ini adalah merupakan sebuag inisiatif yang ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.

PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Seperti yang kita ketahui, bantuan i-Fitri ini adalah merupakan sebuah insentif yang berbentuk bantuan tunai yang diberkan secara 'one-off'. Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu mereka yang memerlukan bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Permohonan telah mula untuk dibuka sejak 19 Mac sehingga 31 Mac 2023 oleh pihak kerajaan negeri. Sebarang permohonan boleh dilakukan secara online. Panduan untuk membuat permohonan dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan ada tersedia di ruangan bawah.

KADAR BANTUAN I-FITRI

Kadar jumlah yang akan diterima oleh pemohon (isi rumah) yang layak adalah sebanyak RM300. Jumlah ini akan disalurkan dengan sekali bayar sahaja pada April 2023.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  • Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
  • Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (b40)
  • Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.

Nota: Permohonan untuk mendapatkan bantuan ini hanya dibuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja. Bagi mereka yang berkelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

TARIKH BAYARAN I-FITRI

Bagi pemohon yang layak, pihak kerajaan negeri Terengganu akan memberikan bayaran bantuan sebanyak RM300 ini pada bulan April 2023. Ia adalah untuk persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Panduan cara mohon untuk mendapatkan bantuan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini boleh dibuat secara online. Anda boleh melayari laman rasmi iBantuan - KLIK DISINI


Post a Comment

0 Comments