TERKINI: Pengeluaran Secara Penuh KWSP Secara Online Tahun 2023, Semak Sekarang!

KATEGORI PENGELUARAN PENUH KWSP YANG DIBENARKAN

Pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Antara bantuan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan adalah seperti i-Sinar, i-Lestari, dan i-Citra yang membenarkan para ahli melakukan pengeluaran wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun begitu, pihak KWSP juga membenarkan untuk membuat pengeluaran secara penuh simpanan para pencarumnya dari Akaun 1 dan Akaun 2 dengan syarat-syarat yang tertentu.


Senarai yang membenarkan pengeluaran secara penuh KWSP adalah seperti yang berikut:

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang sudah mencapai usia 55 tahun dibenarkan untuk membuat pengeluaran secara penuh simpanan mereka. Ianya kerana Akaun 1 dan Akaun 2 mereka akan digabungkan menjadi Akaun 55.

Sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja sehingga usia 55 tahun dan keatas, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas. Akaun ini hanya boleh membuat pengeluaran apabila pencarum mencapai umur 60 tahun.

PERSARAAN PILIHAN / PEKERJA BERPENCEN

Untuk pekerja yang berpencen / persaraan pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran secara penuh.

Pekerja berpencen ini merujuk kepada pekerja yang diletakkan dalam sesuatu jawatan di bawah mana-mana undang-undang yang bertulis dalam penjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia / Kerajaan Negeri atau Badan Kuasa Berkanun atau Tempatan.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang hilang keupayaan boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Tambahan pula, mereka juga layak untuk mendapatkan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke luar negara boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di dalam KWSP.

KEMATIAN

Sekiranya ahli meninggal dunia, pengeluaran secara penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris yang terdekat. Oleh sebab itu, pihak KWSP menggalakkan para ahli untuk membuat penamaan untuk memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan untuk membuat pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian ataupun online di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

Maklumat yang lebih lengkap berkaitan dengan pengeluaran KWSP boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP - DI SINI

Post a Comment

0 Comments