Informasi
Tarikh & Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, Semak Sekarang!
Untuk makluman anda, pembayaran STR Fasa 1 telah mula untuk dikreditkan dan hampir tamat. Sejurus selepas Fasa 1 ini, pembayaran untuk Fasa 2 pula akan dilaksanakan.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Tahmah ini atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan daripada pihak kerajaan khas untuk mereka yang berkelayakan.
Pembayaran bagi bantuan ini adalah melalui jumlah pendapatan bulanan. Untuk pengetahuan anda, pembayaran STR ini turut dijalankan mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
STR FASA 1
Pembayaran STR bagi Fasa 1 ini telah diawalkan ke Januari yang mana sebelum ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada bulan Mac. Bantuan ini sudah dikreditkan dan majoriti rakyat yang berkelayakan telah menerima bayaran ini. Tujuan ia disegerakan adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat musim tengkujuh.
Warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan golongan bujang masing-masing mendapatkan bayaran sebanyak RM100 manakala untuk isi rumah pula, mereka akan menerima sebanyak RM300 sekiranya mereka layak.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2
Setakat ini, tarikh untuk pembayaran STR Fasa 2 ini dilaksanakan belum diumumkan. Hal ini kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja diumumkan. Oleh sebab itu, pengumuman bagi tarikh bayaran STR Fasa 2 masih terlalu awal untuk dilakukan.
Namun, jangkaan pembayaran STR Fasa 2 sekiranya mengikut bayaran BKM 2022 di mana setiap 3 bulan pembayaran akan dilaksanakan.
Oleh itu, mengikut jangkaan pembayaran Fasa ini, berkemungkinan ianya akan dilakukan pada bulan April 2023.
Walaubagaimanapun, ia hanyalah sekadar jangkaan semata-mata. Pihak kerajaan bakal membuat pengumuman berkaitan dengan pembayaran Fasa 2 ini dalam masa yang akan datang.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Berikut adalah kategori yang layak untuk mendapatkan Pembayaran STR Fasa 2 ini:
- Isi rumah
- Warga emas yang tiada pasangan.
- Bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini merujuk kepada data dalam BKM 2022. Oleh sebab itu, dijangkakan permohonan yang baharu akan dibuka jika anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan yang baharu.
Post a Comment
0 Comments