Bayaran Bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 Mula Untuk Dikreditkan Secara Berperingkat - Semak Sekarang!

Untuk makluman anda semua, bayaran untuk Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 akan diteruskan dan diawalkan pada Januari ini.

Hal ini diumumkan melalui Mesyuarat Pertama pada 20 Disember 2022 (Sesi pagi), Penggal Pertama Parlimen ke-15.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Bantuan Tunai Rakyat 2023 adalah seperti yang berikut:

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

Bantuan ini adalah merupakan bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk rakyat yang mana sebelum ini dikenali sebagai BPR, BKM, BSH dan BPN.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang terdahulu akan diteruskan dan diawalkan kepada Januari berbanding yang dijadualkan pada bulan Mac. Hal ini adalah disebabkan mereka mengambil kira beban yang ditanggung oleh rakyat sesuai dengan keperluan semasa musim tengkujuh.

Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM2 billion.

NOTIS BANTUAN TUNAI RAKYAT TELAH DIMAKLUMKAN MELALUI LAMAN WEB BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Dimaklumkan didalam notis berkenaan adalah berkaitan dengan:
  • Makluman tarikh pembayaran dan tarikh semakan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dari semasa ke semasa.
  • Bayaran Fasa 1 BTR 2023 akan disalurkan pada Januari ini


JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1

Untuk golongan bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100 manakala Ketua Isi Rumah (KIR) pula akan menerima sebanyak RM300.

TARIKH BAYARAN UNTUK BTR 2023

Pada 15 Januari 2023, kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 untuk Fasa 1.


BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023

Berdasarkan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan dalam tahun 2023 dengan ketetapan yang tertera:
  • Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 - RM5,000
    • 1 - 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 - RM1,250
  • Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • 5 Anak atau lebih: RM2,500
    • 1 - 4 Anak: RM1,000 - RM2,000
  • Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal
    • RM500 (Tambahan)

  • Bujang
    • RM350 (Bergantung Pendapatan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • RM600 (Bergantung Pendapatan)

Post a Comment

0 Comments