Bantuan Bulanan Untuk Warga Emas Sebanyak RM500!

Makluman untuk semua rakyat Malaysia, pihak kerajaan telahpun mengumumkan sebuah bantuan kebajikan untuk warga emas atau orang tua. Ianya akan dinaikkan kepada RM500 yang mana sebelum ini hanya RM350 seorang untuk mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.

Bantuan Warga Emas ini akan diuruskan oleh pijak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Objektif utama bantuan ini disalurkan adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mewujudkan kesejahteraan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh oleh orang tua atau warga emas yang ingin membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini:
  • Warga emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan atau (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan  adanya kelulusan daripada KPKM.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia.

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang yang berkaitan:
  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) - Muat Turun

Dokumen Sokongan:
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Kad pengenalan pemohon.
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Anda diminta untuk membawa dokumen ketika hadir di pejabat JKM:
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan atau pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian yang berikut atau terus ke pejabat JKM yang berhampiran dengan rumah anda:
  • 03-8000 8000

PENAFIAN

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Post a Comment

0 Comments