Informasi
Tarikh & Jumlah Bayaran Untuk Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023), Semak Sekarang!
Bantuan Tunai Rakyat atau lebih dikenal sebagai BTR yang telha dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan bagi tahun 2023. Ianya dipetik daripada ucapan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat, 20 Disember 2022 yang lalu.
Beliau telah membentangkan peruntukan untuk perbelanjaan perkhidmatan sebanyak RM107 Biliion. Hal ini telah dipersetujui dan diluluskan dengan sebulat suara Dewan Rakyat.
Menurut beliau, bayaran untuk Bantuan Tunai Rakyat (BPR) Fasa 1 juga akan disalurkan pada awal Januari 2023 dan bukannya pada bulan Mac seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
"Saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan bantuan ini kerana masalah yang dihadapi oleh petani dan juga pekebun kecil serta nelayan terutamanya mereka yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir di Terengganu & Kelantan. Oleh itu, jadual pembayaran pada bulan Mac tersebut akan diawalkan agar mereka dapat memperolehi bantuan kewangan ini pada awal bulan Januari nanti" ujar Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim selaku Menteri Kewangan.
Pada 20 Disember 2022 yang lalu, Dewan Rakyat telah sebulat suara untuk meluluskan Bajet Mini 2023 beserta dengan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan 2022. Hal ini telahpun dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah tiada bantahan dan perbahasan untuk kedua-dua usul yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, merangkap Perdana Menteri Malaysia.
APAKAH ITU BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023?
Bantuan Tunai Rakyat 2023 merupakan sebuah bantuan yang diberikan pada setiap tahun. Hal ini merujuk terhadap peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khas untuk rakyat.
Nama bantuan berkemungkinan belum dimuktamadkan dan hal ini dikemaskini berdasarkan ucapan daripada YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim pada Sidang Dewan Rakyat 20 Disember 2022. Ianya termasuklah BKM, BSH, BPR dan BR1M.
BAYARAN FASA 1
Bantuan untuk BTR ini sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini yang mana ia diagihkan secara beberapa fasa. Untuk bantuan tahun 2023, bayaran untuk Fasa 1 akan dilakukan seperti yang berikut:
Tarikh Bayaran
Fasa 1
- Diawalkan Kepada Januari 2023 berbanding Mac seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Jumlah Bayaran
Fasa 1
- Bujang: RM100
- Isi Rumah: RM300
Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, ianya akna dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut boleh diajukan di:
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BKK MOF : 03-8882-4565 / 03-882-4566
Post a Comment
0 Comments