TERKINI: Bantuan Kehidupan Sejahtera Keluarga Malaysia Sebanyak RM300!


Bantuan BINGKAS atau lebih dikenali dengan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ianya melalui sama ada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri dengan mengharapkan agar ia dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang mereka hadapi.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak berputus asa dalam mencari rezeki yang halal untuk mengurus hal ehwal keluarga, membesarkan dan mendidik anak-anak khususnya ketika menghadapi pasca pandemik.

YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, selaku Menteri Besar Selangor, program ini dapat meluaskan capaian serta menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan juga Program Kasih Ibu Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) agar dapat mereka rasai bukan sahaja golongan ibu malah keseluruhan anggota keluarga.

Objektif sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan sebanyak RM300 akan diberikan untuk setiap bulan. Ianya adalah untuk menampung pembelian barangan keperluan asas dan juga peralatan pendidikan.


SYARAT PENDAFTARAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Anda boleh membuat semakan untuk syarat pendaftaran di laman sesawang yang berikut:

Permohonan ini adalah terbuka kepada:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemilih berdaftar di Selangor.
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

PERMOHONAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Untuk membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan ini, anda bolek klik laman sesawang yang berikut bagi mengemaskini nombor telefon anda yang terkini dan membuat pendaftaran:

Post a Comment

0 Comments