Permohanan Untuk Mendapatkan Bantuan Suri Rumah RM480 Khas Untuk Semua Rakyat Malaysia, Mohon Sekarang!

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada golongan suri rumah, ibu tunggal dan juga balu diluar sana. Mereka akan menerima insentif sebanyak RM480 setahun. Ianya bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan ahli keluarga mereka.

Maklumat lanjut yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan bantuan i-Suri KWSP ini adalah seperti yang berikut.

BANTUAN i-SURI KWSP

Senarai bantuan yang akan disalurkan kepada penerima i-Suri adalah seperti yang berikut:
  • Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
  • Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
  • Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
  • Pengeluaran simpanan.
  • Bantuan hilang upaya.
  • Insentif kerajaan.

=

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat yang telah ditetapkan kepada pemohon untuk membuat pendaftaran i-Suri adalah seperti yang berikut:
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia

Siapakah yang layak untuk membuat caruman?
  • Diri sendiri (Isteri).
  • Suami bagi pasangan yang layak.

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Cara-cara untuk membuat permohonan adalah seperti yang berikut:
  • Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) - Untuk pendaftaran kali pertama.
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) - Untuk semasa pembayaran.

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dilakukan melalui 3 cara:
  • Tunai/cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di laman sesawang yang berikut atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000.

Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di: 

Post a Comment

0 Comments