Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3 September 2022 Telahpun Diumumkan!

Terdapat berita baik untuk rakyat Malaysia diluar sana. Pihak Lembaga Hasil telahpun mengeluarkan tarikh untuk membuat tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi bulan September 2022.

Tarikh yang dikeluarkan tersebut adalah khas kepada mereka yang membuat tuntutan bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi Fasa 3.

Berikut merupakan jadual yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Lembaga Hasil sendiri.


Kita dapat lihat bahawa kemaskini yang dibuka pada Bulan Ogos 2022 ini mebolehkan kita untuk menuntut di Bank Nasional (BSN) pada 8 September 2022.

Berdasarkan jadual yang tertera di atas, pembayaran untuk BKM Fasa 3 berkemungkinan hanya akan diterima oleh penerima BKM pada 5-8 September 2022. Oleh sebab itu, pembayaran BKM itu jatuh pada hari Isnin-Khamis dalam minggu kedua bulan September tahun ini.

Untuk peringatan anda, masih belum ada pengumuman rasmi yang dilakukan. Hal ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak Lembaga Hasil. Marilah kita bersama-sama menunggu pengumuman daripada pihak mereka.

KEMASKINI STATUS BKM

Untuk mereka yang ingin membuat semakan status permohonan BKM, anda bolehlah melayari laman web yang berikut:
OBJEKTIF KEMASKINI STATUS

Ianya adalah untuk proses yang melibatkan penukaran maklumat-maklumat yang berikut:
  • Alamat e-Mel
  • Maklumat Wakil
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Nombor Telefon Rumah
  • Nama dan Nombor Akaun Bank
  • Terhad kepada akaun bank pemohon

BILAKAH DIJANGKA BKM FASA 3 DIBAYAR?

Pada minggu kedua bulan September 2022

Post a Comment

0 Comments