Langkah Untuk Memohon iBantuan RM150 Secara 'One-Off' Untuk Pendapatan Dibawah RM2,500!

Pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang untuk membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Ianya dilakukan melalui pelbagai jenis inisiatif dan juga bantuan sama ada di peringkat Negeri ataupun Persekutuan.

Antara bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah melalui iBantuan. Bantuan ini menyediakan dua jenis bantuan kewangan sebanyak RM150 secara one-off berikut:
  • Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Ibu Tunggal

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  • Orang kelainan upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
  • Orang kelainan upaya (OKU) yang bukan daripada kakitangan kerajaan.
  • Permohonan secara 'online' melalui sistem i-Bantuan.
  • Pemohon merupakan rakyat Terenggan dan menetap di Negeri Terengganu.
  • Maklumat Pemohon mesti ada di dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  • Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan daripada JKM/Perkeso/Maidam.

Bantuan Ibu Tunggal
  • Penerima bantuan i-FITRI yang 'TIDAK LAYAK' untuk memohon.
  • Terbuka kepada semua wanita yang berstatus ibu tunggal.
  • Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  • Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM 2,500 sebulan.
  • Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan tidak layak untuk membuat permohonan.
  • Pemohon seharusnya rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).

CARA UNTUK MEMOHON

Sekiranya anda mematuhi syarat-syarat yang tersenarai diatas, permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan ini boleh dipohon secara atas talian (online) di Portal iBantuan.

Maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan ini boleh dirujuk melalui pautan yang berikut:

Post a Comment

0 Comments