BKM Bujang Fasa 3: Bermula Hari ini, Bayaran Bantuan Sebanyak RM150 akan Mula Dikreditkan!

Adakah anda tahu bahawa pengkreditan bayaran untuk Bantuan Khas sebanyak RM150 akan mula untuk disalurkan bermula bulan September Tahun 2022.

Jika dirujuk kepada jadual hari bekerja, hari Selasa merupakan hari pertama bekerja dalam bulan September 2022. Hal ini membawa maksud bahawa terdapat pemohon diluar sana yang akan menerima bayaran pada 1 dan 2 September, diikuti pada 5 September 2022 dan berikutnya.

Bantuan ini adalah khas untuk golongan belia, bujang dan remaja yang tidak memiliki anak dan pendapatan yang tidak melebihi RM5,000. Sekitar bulan Disember nanti, bayaran terakhir sebanyak RM150 akan mula untuk dikreditkan. (selepas bayaran September 2022)

SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BUJANG FASA 3

Peringkat 1
  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN.

Peringkat 2
  • Bayaran akan mula untuk dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN.

Fasa 3
  • Bermula penghujung Ogos atau awal September 2022, bayaran akan mula untuk dikreditkan.

Peringkat 4
  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022.

Untuk makluman anda, Bantuan Khas sebanyak RM150 ini adalah merupakan salah satu instrumen dalam rangka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3.

KADAR BAYARAN UNTUK BANTUAN KHAS SEBANYAK RM150 DAN KATEGORI LAIN BKM




LANGKAH UNTUK MENYEMAK STATUS BKM BUJANG FASA 3

Cara untuk menyemak status bagi BKM Bujang Fasa 3 adalah seperti yang berikut:
  • Anda diminta untuk 'Log Masuk' ke bkm.hasil.gov.my
  • Kemudian, klik 'Semak Status'.
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan pada paparan skrin anda.
  • Setelah itu, klik 'Maklumat Pembayaran' untuk melihat status pembayaran BKM anda.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan berkaitan dengan pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh melayari laman sesawang yang berikut:

Post a Comment

0 Comments