Bantuan Kewangan Untuk Warga Emas Sebanyak RM500 Sebulan Khas Kepada Semua Rakyat Malaysia!

Menteri Kewangan Malaysia, Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, melalui Belanjawan 2022 yang lalu, beliau telah mengumumkan Bantuan Kebajikan Orang Tua atau Bantuan Warga Emas khas untuk rakyat Malaysia. Jumlah bayarannya adalah sebanyak RM500 sebulan untuk seorang. Ianya adalah untuk mereka yang telah mendaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan ini telah diteruskan sehingga ke tahun 2022.

Pihak JKM akan menguruskan sepenuhnya berkaitan dengan Bantuan Warga Emas Malaysia ini. Mereka merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Objektif utama bantuan ini disalurkan kepada warga emas diluar sana yang layak adalah untuk meringankan beban mereka serta meneruskan kelangsungan hidup mereka dalam komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Berikut merupakan kriteria-kriteria untuk melayakkan diri bagi mendapatkan bantuan ini:
  • Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Orang tua atau warga emas hendaklah berumur 60 tahun dan ke atas.Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan daripada pihak KPKM.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/NakKerjaa

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat sebarang permohonan, anda perlulah mengikuti langkah-langkah yang tertera di bawah ini:
  1. Anda diminta untuk melayari ebantuanjkm
  2. Setelah itu, klik pada butang "Daftar Permohonan".
  3. Masukkan negeri tempat tinggal anda beserta dengan nombor kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang "Daftar".
  5. Anda perlu ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat 9JKM) yang berhampiran dengan kawasan anda dalam tempoh 14 hari. Senarai direktori pejabat boleh di rujuk di sini - klik DI SINI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

Borang yang berkaitan dengan bantuan ini adalah seperti yang berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat yang berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments