RASMI: Permohonan & Syarat Pengeluaran KWSP melalui Akaun 2, Jangan Ketinggalan!

Tidak dinafikan bahawa ramai individu yang diluar sana mengeluh disebabkan oleh duit masing-maing yang tersimpan di dalam kantung dengan caruman yang telah dibuat melalui i-Akaun KWSP Online.

Namun, tahukah anda bahawa ada banyak jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan asalkan anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Untuk pengetahuan anda, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2. Ianya hendaklah bertujuan untuk peribadi anda sendiri. Contohnya seperti membina atau mengubah suai rumah, pendidikan dan lain-lain.

PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 UNTUK TUJUAN PERIBADI

Anda boleh membuat semakan berkaitan dengan butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara untuk memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022. Contohnya seperti yan berikut:

1) Pembayaran Haji
  • Duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk tujuan perbelanjaan haji dan pendaftaran haji dengan Lemaga Tabung Haji. Inisiatif ini adalah untuk mengurangkan bebanan anda untuk menunaikan haji.

2) Pembayaran Rawatan Perubatan
  • Sekiranya anda menghadapi berkaitan dengan masalah kesihatan termasuklah 36 penyakit krtikal, anda boleh membuat pengeluaran pada Akaun 2 anda dengan tujuan untuk menampung kos perubatan dan juga pembelian alat-alat kesihatan.

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
  • Untuk membantu ahlinya untuk membeli rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong atau membeli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022, pihak KWSP akan membantu dan memberi kemudahan kepada para pencarum.

4) Pengeluaran untuk Pendidikan
  • Kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi pengajian dan perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan di Universiti. 
  • Pihak KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda. Tujuaannya adalah untuk menampung pengajian anak anda sekiranya kemudahan daripada Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Post a Comment

0 Comments