Permohonan untuk Mendapatkan Tawaran Biasiswa Yayasan KLK Untuk Golongan Pelajar IPT!

Untuk makluman anda, permohonan untuk mendapatkan Biasiswa Yayasan KLK kini telah dibuka kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berkelayakan. Yayasan KLK ini merupakan sebuah syarikat perladangan yang mana ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong (KLK).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, anda hendaklah melakukannya sebelum:
  • 30 September 2022

BIDANG PENGAJIAN

Berikut merupakan bidang pengajian yang diberikan keutamaan untuk tujuan tajaan biasiswa:
  • Perakaunan atau Kewangan.
  • Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).
  • Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).
  • Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).
  • Sains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang harus dipenuhi oleh pelajar yang berminat untuk membuat permohonan berkaitan dengan biasiswa Yayasan KLK ini:
  • Tidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi.
  • Bon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.
  • Mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  • Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Warganegara Malaysia.


LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN KLK 2022

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Biasiswa Yayasan KLK 2022 ini:
  1. Anda hendaklah memuat turun borang permohonan yang berikut - (Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.)
  2. Kemudian, anda diminta untuk mengimbas dan email borang yang lengkap bersama dengan sijil yang berkaitan. Sebagai contoh, STPM, SPM (atau setaraf) dan juga surat tawaran institusi kepada yayasan@klk.com.my atau
  3. Poskan borang permohonan yang lengkap berserta dengan sijil yang berkaitan. Sebagai contoh, STPM, SPM (yang setaraf) dan juga surat tawaran institusi ke alamat yang berikut:

Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,
Kuala Lumpur Kepong Berhad,
Wisma Taiko, No 1,
Jalan S.P Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Biasiswa KLK, anda boleh melayari ke laman web yang berikut:

Post a Comment

0 Comments