Permohonan untuk Mendapatkan Bantuan Bina Rumah RM60,000 Di Atas Tanah Sendiri. Terbuka Kepada Golongan B40!

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah pun menyediakan sebuah Skim Pinjaman Perumahan atau lebih dikenali sebagai SPP bagi golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Hal ini adalah bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama yang mampu milik.

Maklumat ringkas berkenaan bantuan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) RM60,000 yang perlu anda fahami adalah seperti yang berikut:    

SYARAT KELAYAKAN SPP

Syarat-syarat Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk golongan berpendapatan yang rendah adalah seperti yang berikut:
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.

SYARAT PINJAMAN

Syarat-syarat pinjaman yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut:
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
  • Tempoh maksimum untuk membuat bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Had Pinjaman Maksimum adalah sebanyak RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.

SYARAT-SYARAT CAGARAN TANAH

Syarat-syarat cagaran tanah pemilik adalah seperti yang berikut:
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak boleh kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga yang  terdekat hendaklah mempunyai kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:
    • A.Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
    • B.Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

SYARAT-SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Syarat-syarat pembinaan rumah yang telah ditetapkan adalah seperti yang berikut:
  • Rumah teres sesebuah setingkat - keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan.
  • Pemohon adalah TIDAK dibenarkan menggunakan pelan sendiri.
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh kontraktor dan peminjam tersebut:
    • A. Kontraktor tempatan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
    • B. Mempunyai Pendaftaran Syarikat dan juga Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah.
    • C. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah sebanyak RM5,000
    • D. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

PAKEJ PINJAMAN 2 GENERASI

Pakej Pinjaman 2 Generasi yang perlu dibuat adalah seperti yang berikut:
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.

LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN (SPP)

Anda diminta untuk memuat turun dan isi borang permohonan dan hantar ke alamat pos yang terteradi hadapan/bawah borang permohonan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sekranya terdapat permasalahan atau pertanyaan yang ingin diajukan, anda boleh mebghubungi di talian Skim Pinjaman Perumahan (SPP) pada hari bekerja (Isnin - Jumaat) sahaja seperti yang berikut:

Bahagian Pengurusan
Perumahan Jabatan Perumahan Negeri
Kementerian Kebajikan Negeri, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persediaan Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269

Post a Comment

0 Comments