Langkah Untuk Memohon Bantuan Warga Emas RM500 bagi Golongan B40 2022!


Melalui Belanjawan 2021 yang lalu, terdapat berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia telahpun mengumumkan satu inisiatif iaitu Bantuan Kebajikan Orang Tua atau lebih dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Dalam bantuan ini, jumlah bantuan tersebut akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 untuk seorang. Ianya adalah untuk mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman anda, pihak JKM bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan ini. Mereka merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Objektif utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meringankan beban dan meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam sesebuah komuniti.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang harus dipatuhi oleh orang tua atau warga emas yang ingin memohon untuk mendapatkan bantuan ini:
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.

LANGKAH UNTUK MEMOHON

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, anda diminta untuk mengikuti segala langkah-langkah yang dinyatakan dibawah ini:
  1. Anda diminta untuk melayari ebantuanjkm
  2. Setelah itu, anda hendaklah klik pada butang 'Daftar Permohonan'.
  3. Kemudian, masukkan negeri kelahiran anda beserta dengan nombor kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang 'Daftar'.
  5. Anda mestilah pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan rumah anda dalam tempoh 14 hari. Anda boleh merujuk senarai direktori pejabat - klik DI SINI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Salinan penyata gaji (jika ada)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan yang ingin diajukan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan (JKM) di alamat yang berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments