Informasi
40 Lokasi Di Melaka Bakal Menerima Liputan Rangkaian 5G Seawal Bulan Hadapan. Semak Sekarang!
.png)
Oleh itu, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah berkongsi tentang pelaksanaan rangkaian 5G yang bakal diperluaskan di Melaka menjelang penghujung September ini.
Sebanyak 40 lokasi sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka dijangka akan dilengkapi dengan liputan 5G tersebut. Untuk fasa pertama, Melaka disasarkan mempunyai liputan di sekitar 133 lokasi.
Menariknya, pelaksanaan 5G di Melaka juga akan diperluaskan menerusi penggunaan infrastruktur seperti tiang lampu jalan, dan beberapa kaedah lain. Buat masa ini, rangkaian 5G masih terhad di Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Johor Bahru, Ipoh dan juga Pulau Pinang.
Sebelum ini K-KOMM juga telah memperuntukkan RM4 Bilion bagi pemasangan gentian optik di sekolah.
Sumber: https://vocket.tech/
Post a Comment
0 Comments