Informasi
Semakan Tarikh Penerimaan Peranti & Pemohonan Fasa Kedua: PerantiSiswa
TERKINI: Bermula 1 Ogos sehingga 30 September ini, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau lebih dikenali sebagai (K-KOMM) telah membuat suatu keputusan untuk membuka sekali lagi permohonan untuk mendapatkan Peranti Siswa Keluarga Malaysia.
Hal ini diumumkan dalam sebuah sidang media khas hari ini oleh Tan Sri Annur Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Dalam masa yang sama, tarikh berkenaan dengan penerimaan peranti juga telahpun dimaklumkan melalui sidang media khas tersebut. Anda diminta untuk mengikuti maklumat penuh berkaitan dengan bantuan ini melalui artikel ini.
APAKAH PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA?
Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia ini merupakan suatu usaha kerajaan bersama dengan syarikat telekomunikasi yang terpilih. Ianya adalah untuk membekalkan sebuah peranti yang berupa 'tablet' kepada setiap pelajar B40 di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Dalam usaha ini, pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping sumbangan syarikat telekomunikasi kira-kira RM65 juta.
Program ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Namun, pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN
Siapakah yang layak untuk menerima bantuan ini?
- Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di dalam golongan B40 adalah layak untuk menerima bantuan ini. Ia merujuk kepada keluarga yang mempunyai purata pendapatan bulanan bagi seisi rumah di bawah RM4,850.
Bantuan ini turut melibatkan pada mahasiswa yang termasuk di dalam golongan B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma lanjutan, ijazah sarjana muda dan diploma daripada Politeknik, Universti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kolej Komuniti.
JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN
Berikut merupakan spesifikasi 'tablet' yang akan disumbangkan:
- goog_1889567912Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Android OS 10 dan ke atas
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pen stylus disertakan.
- Pengecas USB disertakan
- Bateri minimum 4500 mAh
- Papan kekunci bluetooth disertakan
TARIKH MEMBUAT PENDAFTARAN / PERMOHONAN
Tempoh untuk membuat pendaftaran / permohonan untuk mendapatkan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 pada jam 8.00 pagi di laman web rasmi yang berikut:
Untuk makluman anda, permohonan Peranti Siswa Fasa Kedua ini juga akan melibatkan pelajar dari kolej matrikulasi dan IPG yang berada di bawah KPM.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan untuk mendapatkan bantuan ini hanya dapat dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Anda boleh membuat permohonan menerusi laman web yang berikut:
CARA SEMAK STATUS KELULUSAN
Kepada pemohon yang berjaya, anda akan dimaklumkan melalui e-mel yang anda telah daftar.
TARIKH PENERIMAAN PERANTI
Bagi kumpulan yang pertama, peranti tersebut akan dijangka sampai ke tangan mereka pada minggu kedua Bulan Jun ini, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa.
Terdapat dua sesi dalam pengagihan peranti ini, iaitu:
- Sesi pertama – melibatkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data yang lengkap.
- Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
FASA PERTAMA penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa ini akan disalurkan meluai Ogos 2022 ini.
Pihak K-KOMM dan KPT akan memberi taklimat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini kepada pihak IPT untuk melancarkan pelaksanaan bantuan ini.
TERMA & SYARAT
Terma & syarat bagi mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
1. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
2. Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
3. Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah.
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- menamatkan pengajian
- berhenti pengajian.
- dibuang pengajian.
- menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara.
- melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
5. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
6. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN DENGAN PAKEJ PERANTISISWA
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pakej PerantiSiswa ini, anda boleh e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau melalui talian yang tertera:
- 03-8911 5351
- 03-8911 5258
- 03-8911 5265
- 03-8911 5188
Waktu Operasi:
- 8.00 pagi hingga 6.00 petang - (Isnin - Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
- 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari - Sabtu & Ahad
SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN BANTUAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
- Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?
- Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Bilakah pendaftaran akan bermula?
- Tempoh pendaftaran telah dibuka pada 15 April 2022 dan akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022. Pemberian peranti Fasa Pertama pula akan bermula pada bulan Ogos 2022.
Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?
- Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa?
- Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Bagaimana cara memohon PerantiSiswa?
- Anda boleh melayari https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi. Permohonan juga akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 ini.
- Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021.
- Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.
Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?
- Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?
- Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?
- Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Post a Comment
0 Comments