Informasi
RASMI: Bantuan Kebajikan Sebanyak RM500 Setiap Bulan Khas Untuk Rakyat Malaysia 2022, Mohon Sekarang!
Untuk makluman anda, pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan ini. Objektif utama bantuan ini diwujudkan adalah untuk diberikan kepada warga emas yang layak untuk menerimanya bagi meneruskan kelangsungan dan juga kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh orang tua dan warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut:
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Join Telegram: https://t.me/NakKerjaa
Anda diminta untuk mengikuti semua lagnkah yang berikut sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan ini:
- Anda hendaklah melayari ebantuanjkm
- Kemudian, anda perlu klik pada butang 'Daftar Permohonan'.
- Setelah itu, masukkan negeri tempat tinggal anda beserta dnegan nombor kad pengenalan.
- Klik butang 'Daftar' sekiranya selesai.
- Anda hendaklah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda dalam tempoh 14 hari. Anda boleh merujuk senarai pejabat - DI SINI
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengajukan persoalan atau ingin mengetahui berkenaan dengan bantuan ini, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat yang berikut:
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Post a Comment
0 Comments