Permohonan Untuk Mendapatkan Rumah Sewa PPR Serendah RM124 Sebulan Kini Dibuka, Mohon Sekarang!


Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR). Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk penempatan semula setinggan dan memudahkan kehidupan rakyat yang mempunyai pendapatan yang rendah. Agensi pelaksana utama bagi projek ini adalah Jabatan Perumahan Negara yang dibawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi projek-projek PPR di Malaysia.

PPR ini terbahagi kepada dua iaitu PPR Dimiliki dan juga PPR Disewa. Rumah yang dibina di bawah dua program ini akan menggunakan spesifikasi perancangan dan juga reka bentuk perumahan yang memerlukan kos rendah untuk membangunkannya. Hal ini telah ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (C1S2).

PROJEK PPR DISEWA

Untuk makluman anda, PPR ini telah diperkenalkan kepada rakyat sejak Februari 2002 lagi. Tujuannya adalah untuk disewakan kepada golongan yang mempunyai pendatan yang rendah dan juga tinggal di kawasan setinggan pada kadar RM124.00 sebulan.

CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR

Ciri-ciri bagi rumah sewa PPR adalah seperti yang berikut:
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres.
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat (antara 5 hingga 18 tingkat).
  • Contoh Binaan: (3 Bilik Tidur / 1 Ruang Tamu / 1 Ruang Dapur / 2 Bilik Air).

KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN

Berikut merupakan kemudahan asas yang disediakan dalam rumah sewa PPR:
  • Tadika
  • Rumah sampah
  • Kemudahan OKU
  • Surau / Ruang solat
  • Gerai makan / Ruang niaga
  • Taman permainan / Kawasan lapang
  • Dewan Komuniti / Ruang orang ramai

SYARAT PERMOHONAN RUMAH SEWA PPR

Syarat untuk membuat permohonan rumah sewa PPR ini adalah seperti yang berikut:
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon dan juga pasangan tidak pernah memiliki rumah sebelumnya
  • Mengikut syarat-syarat tamabahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

LANGKAH UNTUK MEMOHON PROGRAM RUMAH SEWA PPR

Permohonan Secara Online
  • Anda boleh membuat permohonan secara online dengan melayari KLIK DISINI

Permohonan Secara Manual
  • Sekiranya anda ingin membuat permohonan secara manual, anda hendaklah menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri  KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT


Post a Comment

0 Comments