Informasi
Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah Bagi Tahun 2022!
Untuk pengetahuan anda, wanita / suri rumah bakal menerima insentif sebanyak RM480 dalam tempoh setahun Kini, mereka sudah boleh memilih untuk mencarum dengan pihak KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Tujuan i-Suri ini diwujudkan adalah untuk memastikan kesejahteraan bagi golongan suri rumah dan juga mengiktiraf mereka kepada ahli keluarga dan juga pembangunan negara.Terdapat banyak kelebihan yang ada di dalam i-Suri KWSP kali ini.
Salah-satunya ialah golongan suri rumah akan menerima bantuan sebanyak RM480 yang mana telah diusahakan sejak 2019 yang lalu lagi sehinggalah tahun-tahun yang berikutnya. Selain daripada itu, dalam insentif i-Suri ini, ada juga bantuan kematian yang disediakan iaitu sebanyak RM2500. Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran berkenaan dnegan i-Suri KWSP ini, anda boleh memuat turun borang permohonan dengan cara melayari laman web rasmi KWSP.
Berikut telah kami kongsikan merupakan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan i-Suri KWSP ini beserta dengan syarat, kelebihan, kelayakan, cara bayaran dan pendaftaran.
LANGKAH UNTUK MENDAFTAR I-SURI KWSP
Jika anda ingin mendaftar bagi mendapatkan bantuan ini, anda boleh pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan kediaman anda. Anda hendaklah membawa borang permohonan yang telah dimuat turun menerusi pautan yang tertera:
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja).
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran).
- MyKad.
FAEDAH I-SURI KWSP
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan jika anda mendapatkan bantuan i-Suri KWSP ini:
- Bantuan Kematian: RM2500.
- Menerima dividen tahunan KWSP.
- Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
Sekiranya anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan, barulah anda akan dibayar oleh pihak kerajaan:
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih.
- KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
SIAPAKAH INDIVIDU YANG BOLEH MENCARUM?
Individu yang boleh membuat caruman adalah seperti yang berikut:
- Suami kepada pasangan yang layak.
- Diri sendiri (isteri).
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP YANG PERLU DIPATUHI
Syarat-syarat kelayakan yang harus dipatuhi adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
CARA PEMBAYARAN
Berikut adalah langkah-langkah pembayaran bagi i-Suri KWSP ini:
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang telah dilantik MBB atau PBB.
- Tunai / cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN).
- Tunai / cek di kaunter peresitan KWSP.
Info Lanjut: Untuk makluman anda, pihak KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan dari semasa ke semasa berdasarkan caruman untuk separuh tahun tempoh yang pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh yang kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang pembayarna tersebut akan mula untuk dikreditkan kepada Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan dan Akaun 2) anda selepas KWSP menerimanya daripada pihak kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan insentif i-Suri ini, anda boleh melayari laman web yang berikut:
Post a Comment
0 Comments