Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan Suri Rumah RM480 Tahun 2022, Mohon Sekarang!

PERMOHONAN BANTUAN SURI RUMAH SEBANYAK RM480 BAGI TAHUN 2022

Kepada wanita / suri rumah diluar sana, anda bakal menerima insentif sebanyak RM480 setahun sekiranya anda membuat permohonan. Kini, golongan suri rumah sudah dapat untuk membuat caaruman KWSP bersam dedngan insentif khas yang terletak di bawah i-Suri. Tujuan i-Suri ini diwujudkan adalah untuk melahirkan kesejahteraan golongan suri rumah ini serta menghargai sumbangan mereka terhadap ahli keluarga seiring dengan pembangunan negara. 

Salah satu faedah i-Suri adalah mereka akan menerima bantuan sebanyak RM480 setahun yang mana telah dimulakan sejak 2019 dan tahun-tahun yang berikutnya. Bukan sekadar itu, i-Suri ini juga menyediakan bantuan kematian sebanyak RM2,500. Sekiranya anda ingin membuat permohonan bagi bantuan ini, anda boleh memuat turun borang permohonan melalui laman web rasmi KWSP.

Berikut merupakan info berkaitan dengan i-Suri KWSP termasuk dengan syarat kelayakan, faedah, cara bayaran dan juga cara untuk mendaftar:

CARA MENDAFTAR I-SURI KWSP

Jika anda ingin mendaftar i-Suri KWSP ini, anda boleh melakukannya dengan cara pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan kediaman anda dan membawa borang permohonan yang telah dimuat turun menerusi pautan yang berikut:
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja).
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran).
  • MyKad.

SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP

Syarat-syarat untuk melayakkan diri anda bagi mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR / Wanita (KIR).
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 dalam tempoh sebulan atau RM60 dalam tempoh setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019.

INDIVIDU YANG BOLEH MENCARUM

Individu yang boleh membuat caruman adalah seperti yang berikut:
  • Suami kepada pasangan yang layak.
  • Diri sendiri (Isteri).
Tambahan: Anda hanya dibenarkan untuk memilih satu bantuan sahaja dalam satu masa. Jika anda suda membuat pendaftaran denga Insentif Persaraan (i-Saraan), anda diminta untuk membatalkannya terlebih dahulku sebelum membuat permohonan yang baharu bagi i-Suri.

KELEBIHAN I-SURI KWSP

Antara faedah i-Suri KWSP ini adalah seperti yang berikut:
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Mendapat bantuan daripada pihak kerajaan sebanyak minimum RM40 dalam tempoh sebulan mengikut jumlah maksimum iaitu RM480 setahun.
Jika anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti yang tertera, pihak kerajaan akan membuat pembayaran:
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang mana telah berdaftar di dalam e-Kasih.
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

CARA PEMBAYARAN

Langkah untuk membuat pembayaran adalah seperti yang berikut:
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN).
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
Tambahan: Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas pihak KWSP menerimanya daripada pihak kerajaan. Sumbangan ini juga akan dkreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan dan Akaun 2). KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun.



MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk mengetahu maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh melayari laman web yang berikut:

Post a Comment

0 Comments