Jualan Live Secara 'Cedok-Cedok' di Platform Media Sosial Adalah Haram? Ini Penjelasannya!



Sekarang telah trending di platform media sosial berkaitan dengan live  "cedok-cedok". Adakah anda tahu bahawa aktiviti jual beli tersebut adalah haram dari sudut agama?

Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti itu mengadungi unsur 'gharar' ataupun penipuan dan ianya DIHARAMKAN! Mengapa?

SEBAB-SEBAB IANYA DIHARAMKAN

Sebab-sebab aktiviti ini diharamkan adalah seperti yang berikut:
  1. Sekiranya anda menjual dengan cara ini, ianya sama seperti jual beli gharar yang mana diharamkan oleh Nabi SAW. Hal ini sama dengan jual beli al-mulamasah yang diharamkan disebabkan oleh unsur gharar Fahisy yang jelas.
  2. Pihak pembeli tidak boleh memilih. Sebagai contoh, penjual akan mencedok barang kemas (makeup) bernilai RM80. Dalam hal ini, pembeli akan membuat keputusan untuk membeli 1 cedok. Lalu, penjual tersebut akan mencedok secara live 1 cedok yang diminta oleh pembeli itu. Barang yang ia dapatkan adalah random dan tidak mengikut kemahuan yang dia inginkan.
  3. Mulamasah juga merupakan jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan tanpa melihat secara teliti, maka dikira menjual.
  4. Rasulullah SAW telah membuat larangan untuk melakukan jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim).
  5. Imam Nawawi menyifatkan bahawa jual beli sebegini adalah perbuatan yang batil dan tak sah. Ianya kerana aktiviti ini mengandungi unsur gharar!
  6. Bukan sahaja itu, bahkan bentuk dan juga struktur jual beli tersebut sudah diciptakan untuk mewujudkan unsur yang tiada kepastian.
  7. Aktiviti jual beli 'cedok-cedok' ini adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asas jualannya adalah berbentuk gharar.
  8. Anda hendaklah berhati-hati sama ada anda penjual ataupun pembeli. Hal ini kerana kedua-duanya adalah diharamkan sekiranya terlibat dalam aktiviti seperti ini.
  9. Mungkin ada sesetengah golongan yang berkata, "ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je". Oleh kerana ianya perbuatan yang mengandungi unsur gharar, haram tetap haram.

Dan hal ini tidak ada pilihan. Jual beli ini merupakan jual beli berbentuk jual beli jahiliah menurut Ibn Hajar al-Asqalani. Rasulullah SAW melarang sekeras-sekerasnya bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ini merupakan urusan jual beli yang mana pihak pembeli tidak dapat memastikan barangan yang akan diperolehi (Mastur al-Aqibah).

Gharar ini mempunyai dua keadaan, iaitu sama ada gharar wujud yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat memastikan barangan yang anda dapat atau tidak. Aktiviti ini merupakan suatu amalan daripada puak jahiliah yang tidak wajar untuk dijadikan sebagai bisnes mahupun sengaja.

Wallahualam.

Sumber: Ahmad Sufyan Che Abdullah (Muamalatmy)

Post a Comment

0 Comments