Harga Bagi Minyak Sawit Akan Kekal Tinggi Hingga Akhir Tahun 2022 Ini!


KUALA LUMPUR: Pada separuh kedua tahun ini, harga bagi minyak sawit mentah atau dikenali sebagai MSM dijangka akan melonjak naik. Hal ini adalah disebabkan oleh kebimbangan terhadap bekalan dan juga tinjauan permintaan yang semakin semakin bertambah kian hari. Ianya dipetik daripada pihak MIDF Research.

Hargo komiditi bagi barangan tersebut akan disokong sepenuhnya oleh harga minyak boleh dimasak lebih tinggi. Hal ini disebabkan oleh bekalan yang kian bertambah di tengah-tengah perperangan yang berpanjangan diantara pihak Russia-Ukraine yang mana mengganggu sedikit sebanyak bekalan minyak bunga matahari.

Kenaikan harga ini turut disokong berdasarkan tinjauan pengeluaran yang lemah bagi kacang soya pada tahun 2022/2023. Ianya berikutan kembalinya La Nina bagi tahun ketiga yang berturut-turut di Amerika Selatan dan kawasan penanaman yang lebih rendah di Amerika Syarikat (AS). Bukan hanya itu, ianya juga disokong disebabkan oleh peningkatan aktiviti ekonomi berdasarkan satu nota yang ditulis olehnya.

"Kami menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) ini akan turun pada separuh tahun kedua 2022 tetapi dalam kadar yang berperingkat disebabkan oleh kebimbangan terhadap tekanan inflasi global sejurus selepas ianya mencatatkan harga yang lebih tinggi daripada jangkaan pada separuh tahun yang pertama tahun ini. Ianya merupakan suatu tinjauan yang agak positif.

"Pihak kami akan mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tahun 2022 pada RM5,000 bagi satu tan buat masa ini." katanya.

Sehubungan dengan ini, pihak MIDF Research akan mengesahkan lagi berkaitan dengan pendirian yang 'positif' ke atas sektor perladangan.

Risiko utama yang akan memberikan impak kepada harga MSM termasuklah kemunculan semula varian baharu COVID-19 yang berbahaya menyebabkan satu lagi pusingan sekatan pergerakan di seluruh dunia. Tambahan pula, stok juga akan melebihi jangkaan, bekalan kacang soya, minyak kacang soya dan perubahan dasar di negara-negara pengimport, katanya.

Pihak Kenanga Research memberikan penarafan berlebihan atau 'overweight' ke atas sektor perladangan dengan berkata bahawa satu lagi perolehan yang baik boleh dijangka untuk musim keputusan kewangan April-Jun 2022 akan datang.

"Berkemungkinan bahawa perolehan yang lebih rendah akan berlaku namun (dijangka) akan kekal kukuh dengan harga MSM pada RM4,500 bagi satu tan dalam tahun 2022 dan RM4,000 bagi satu tan dalam tahun 2023 kelak.

"Dengan kos pengeluaran diantara RM2,500 dan RM2,000 untuk satu tan, margin bagi sektor ini masih lagi kelihatan menarik," katanya dalam satu nota.

Daya tarikan bagi sektor perladangan tidak lagi berkaitan dengan pemulihan perolehan, namun daya tahan perolehan, terutamanya apabila inflasi dan kebimbangan terhadap kelemahan ekonomi yang membelenggu pasaran dunia. Hal ini dipetik daripada firma penyelidikan itu sendiri.

"Pertama sekali, perolehan perladangan dijangka akan kekal utuh berikutan dengan permintaan yang semakin meningkat bagi sawit. Aset nyata bersih yang bersifat bertahan bagi sektor ini adalah merupakan satu lagi penilaian yang tidak berlebihan dan daya tarikan orang luar, khusunya selepas penjualan secara besar-besaran di dalam pasaran baru-baru ini.

"Walaubagaimanapun, dengan harga MSM yang berkemungkinan akan kekal tinggi sehingga 2023, margin yang lebih kukuhboleh dijangka di sebalik kenaikan kos. Pihak kami akan menaik taraf sektor ini daripada 'neutral' kepada 'outperform' kira-kira sebulan yang lalu," katanya.

Post a Comment

0 Comments