Bantuan Belia Sebanyak RM1,000 Seluruh Malaysia Yang Berumur 18-30 Tahun Kini Mula Disalurkan, Mohon Sekarang!


Baru-baru ini, pihak kerajaan ada mengumumkan berkenaan dengan bantuan belia sebanyak RM1,000 dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 yang lepas. Ianya khusus kepada golongan belia yang berumur dianatar 18 hingga 30 tahun. Untuk pengetahuan anda, bantuan ini masih lagi dilakukan sehingga hari ini.

Kepada majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun, mereka layak untuk membuat permohonan bagi mendapatkan insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan.

Bukan itu sahaja, bantuan ini juga akan memberikan peluang kepada golongan belia diluar sana yang menganggur dan tidak bekerja untuk menambah pengalaman bekerja. Ia adalah untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

OBJEKTIF UTAMA

Tujuan utama bantuan ini disalurkan adalah untuk membuka peluang kepada para belia yang tidak mempunyai kerja yang tetap dan membantu mereka untuk menambah pengalaman dalam suatu pekerjaan yang diceburi serta meningkatkan lagi kualiti kemahairan bekerja yang sedia ada melalui on-the-job-training.

MAKLUMAT BANTUAN

Maklumat bantuan yang akan diterima oleh majikan dan juga perantis dalam program ini adalah seperti yang berikut:
  • Gaji / elaun sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan insentif / kerja.
  • Bayaran sebanyak RM1,000 kepada para majikan yang mempunyai pekerja graduan dan lepasan sekolah untuk Program Perantisan.
  • Majikan akan diberikan peluang untuk membuat permohonan satu kursus latihan sahaja bagi perantis yang mana kos maksimumnya adalah sebanyak RM4,000.
  • Tempoh bayaran yang diberikan adalah selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Graduan / lepasan sekolah yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun.
  • Para belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang telah berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan juga badan-badan berkanun.

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan Untuk Majikan

Anda diminta untuk mendaftar dan juga mengiklankan kekosongan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantisan di:

Permohonan Untuk Perantis

Anda hendaklah memohon pekerjaan dan memilih syarikat yang sesuai melalui portal rasmi myfuturejobs di: 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kepada pihak syarikat, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.

Setiap perantis yang diambil kerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan yang ingin diajukan, anda boleh menghubungi talian 03-8091 5300 atau 1300 88 2000 atau emel secara terus ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Post a Comment

0 Comments