Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022


Sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang dikenali sebagai Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) telah menawarkan sebuah Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Selari dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB ini diletakkan di bawah pengurusan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ianya menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti serta sesuai untuk didiami oleh setiap keluarga di Malaysia.


RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Objektif utama RMR ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Contohnya seperti petani, nelayan dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah untuk didiami ataupun tinggal di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah untuk membangunkan sebuah rumah yang selesa dan juga sempurna.

Sehingga RM20,000 bentuk subsidi pembinaan yang akan diberikan dan pembinaan rumah ini juga akan mengikut kepada spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah.


HARGA & REKA BENTUK RMR

Konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Namun begitu, harga bagi setiap tempat adalah berbeza sama sekali. Harga RMR mengikut tempat adalah seperti yang berikut:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300.
  • Subsidi pembinaan: RM20,000.
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000.
  • Harga: RM75,000.




2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350.
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000.
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000.
  • Harga: RM85,000.


3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 - RM470.
  • Subsidi pembinaan: RM20,000.
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 - RM86,500.
  • Harga: RM75,000 - RM106,000.



SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan bagi membuat permohonan RMR adalah seperti yang berikut:
Warganegara Malaysia.
Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk).
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.


LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN RMR

Langkah untuk membuat permohonan adalah seperti yang berikut:

Secara Online
  1. Anda hendaklah membuka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  2. Kemudian, klik 'Pendaftaran Baru' dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap.
  3. Setelah itu, emel yang didaftar akan menerima ID Login beserta dengan Kata Laluan.
  4. Anda diminta untuk log masuk ke SPNB dengan menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah diberikan.
  5. Lengkapkan borang yang dikehendaki.
  6. Sesudah isi borang, klik 'Selesai Pendaftaran' dan anda diminta untuk mencetak borang tersebut.
  7. Anda mestilah menghantar borang tersebut dengan lengkap beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Pejabat SPNB yang berdekatan dengan kediaman anda.
Secara Manual
  1. Untuk mendapatkan borang permohonan tersebut, anda boleh mendapatkannya di cawangan SPNB dan perlu untuk dihantar kembali kepada SPNB sejurus selepas permohonan beserta dengan dokumen sokongan dilengkapkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan tersebut adalah seperti yang berikut:
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
NOTA:
  • Surat pengesahan pendapatan / memiliki rumah usang / tidak memiliki rumah perlu disahkan terlebih dahulu melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • Pihak SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan mengikut kepada keperluan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Bagi maklum balas permohonan, ianya akan diberikan dalam tempoh 3 bulan. Kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembangunan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan atau 1 setengah tahun dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian juga tertakluk kepada terma dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON
 
Pemohon RMR hendaklah bertanggunjawab untuk:
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi pihak yang tertera sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan RMR SPNB.

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Post a Comment

0 Comments