Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 JKM 2022


Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia telahpun mengumumkan bantuan kebajikan orang tua atau bantuan warga emas akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang. Ianya adalah untuk mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman anda, pihak JKM akan menguruskan bantuan ini. JKM merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Objektif bantuan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

Kesemua syarat yang tertera hendaklah dipenuhi oleh orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan ini:
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah. Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia.
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Langkah untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:    
  1. Anda hendaklah melayari laman web JKM di ebantuanjkm
  2. Kemudian, klik pada butang 'Pendaftaran Permohonan'.
  3. Masukkan negeri tempat tinggal anda beserta dengan nombor kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, anda diminta untuk klik butang 'Daftar'.
  5. Dalam tempoh masa 14 hari, anda mestilah menghadirkan diri anda di pejabat JKM yang terletak berhampiran dengan rumah anda.
  6. BORANG JKM 18 - MUAT TURUN
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI

Anda hendaklah membawa dokumen-dokumen yang berikut ketika hadir di pejabat JKM:
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan yang akan disalurkan ini, anda boleh menghubungi pihak JKM di 03-8000 8000 ataupun hadir secara terus di pejabat JKM yang berhampiran dengan anda.

Post a Comment

0 Comments