Informasi
Bantuan RM600 Untuk Golongan Bujang bagi Tahun 2022, Mohon Sekarang!
Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan sebuah bantuan yang diwujudkan bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan dan meringankan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
Berikut merupakan perkongsian kami kepada anda berkaitan dengan jumlah BKM yang akan diterima oleh golongan bujang.
KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh golongan bujang adalah seperti yang berikut:
Individu Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan berumur 60 tahun ke atas pendapatan individu RM5,000 ke bawah:
Berikut merupakan perkongsian kami kepada anda berkaitan dengan jumlah BKM yang akan diterima oleh golongan bujang.
KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh golongan bujang adalah seperti yang berikut:
Individu Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan berumur 60 tahun ke atas pendapatan individu RM5,000 ke bawah:
- RM600
Bujang yang berpendapatan RM2,500 dan kebawah:
- RM350
SYARAT KELAYAKAN UNTUK PENERIMA BUJANG
Syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh golongan bujang yang ingin mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
- Had umur adalah 21 - 59 tahun.
- Pendapatan bujang hendaklah RM2,500 dan kebawah.
- Bujang atau ibu bapa tungga / janda / balu / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
TARIKH PEMBAYARAN BKM
Untuk makluman anda semua, dalam masa setahun, sebanyak 4 kali pembayaran BKM ini akan dilaksanakan.
Bermula pada bulan Mac 2022 yang lalu, tarikh pembayaran untuk Fasa 1 sudah pun bermula. Ianya akan disambung kepada Fasa 3 pada bulan September ini.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Kepada data pemohon BPR 2021, BKC B40 dan data penerima BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP, ianya akan dibawa secara terus ke dalam sistem BKM yang mana bertujuan untuk menyemak kelayakan.
Namun, permohonan BKM yang baharu perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data yang sedia ada pada pihak LHDNM. Bagi penerima yang sedia ada dan ingin membuat sebarang perubahan maklumat , anda hendaklah membuat pengemaskinian dalam suatu tempoh yang diberikan.
TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM
Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022, anda boleh membuat permohonan yang baharu dan membuat pengemaskinian maklumat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan pembentangan Bajet 2022, anda bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan yang berikut:
Post a Comment
0 Comments