Panduan Mohon & Pendaftaran Program Rumah PPRT Tahun 2022



Terdapat pelbagai bantuan yang telah disediakan yang bertujuan untuk membantu dan meringankan beban rakyat yang memerlukan diluar sana. Kepada mereka yang terlepas pandang, sebuah program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT telahpun diperkenalkan oleh Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Program yang dilancarkan ini adalah mensasarkan mereka yang terdiri daripada golongan yang mana ingin membina rumah baharu atau membaik pulih rumah untuk didiami dan memerlukan bantuan.

PENGENALAN PPRT

Objektif utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini diperkenalkan kepada orang awam adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga yang miskin dan miskin tegar. Ia dilakukan dengan cara membaik pulih atay membina rumah yang baharu untuk menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

BANTUAN PPRT

Berikut merupakan golongan yang lebih diutamakan untuk membuat permohonan bantuan PPRT:
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil.
  • Orang Kelaina Upaya – OKU.
  • Warga Emas.
JENIS KATEGORI RUMAH PPRT

Berikut merupakan 2 Program PPRT yang telah disediakan:

1) Baik Pulih

a) 3 elemen penting dalam proses baik pulih.
  • Requisition.
  • Penyelenggaraan.
  • Penambah baikan.
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah adalah seperti yang berikut:
  • Mendapatkan surat kebenaran untuk kes menumpang tapak tanah dari pemilik.
  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang rosak ataupun usang disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
2) Bina Rumah

Untuk individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami kini sudah usang dan tidak selamat untu didiami, mereka akan diberikan bantuan pembinaan rumah yang baharu.

PANDUAN CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT 2022 - SECARA ONLINE

Sekiranya anda ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan, berikut merupakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT yang telah disediakan:
  • Anda hendaklah melayari Portal Rasmi eSPKR - DI SINI
  • Setelah itu, tekan butang 'Program Perumahan Rakyat Termiskin' di halaman utama.
  • Anda mestilah melengkapkan maklumat anda yang dikehendaki di ruangan yang telah disediakan.
  • Sekiranya ianya telah lengkap diisi, tekan 'Hantar Permohonan'.
MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Program Perumahan PPRT:
  • Talian Khas : 03 8000 8000
  • E-mel : info@ruralink.gov.my

Post a Comment

0 Comments