SEMAKAN ONLINE
Cara Mohon Bantuan Warga Emas One-Off Sehingga RM500 Mei 2022
Ia adalah untuk mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk makluman anda, bantuan ini akan diteruskan sehingga ke tahun 2022.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menguruskan bantuan untuk warga emas ini.
Objektif utama bantuan ini disalurkan kepada warga emas diluar sana adalah untuk meneruskan kelangsungan dan juga kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN
Segala syarat yang tertera hendaklah dipatuhi oleh pihak warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut:
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pemohon hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
CARA MEMOHON
Anda diminta untuk mengikuti segala langkah yang telah dinyatakan di bawah ini untuk membuat permohonan:
- Anda hendaklah melayari ebantuanjkm
- Kemudian, sila klik pada butang 'Daftar Permohonan'.
- Setelah itu, masukkan negeri tempat tinggal anda beserta dengan nombor kad pengenalan.
- Klik butang 'Daftar' sekiranya telah selesai.
- Anda diminta untuk menghadirkan diri ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda dalam tempoh masa 14 hari. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk di sini - klik DI SINI
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat yang lebih lanjut atau pertanyaan yang ingin diajukan, anda diminta untu menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat yang berikut:
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Post a Comment
0 Comments