Semakan Status & Cara Memohon Bantuan e-Pemula RM150



Sebuah proram yang dikenali sebagai Bantuan e-Pemula RM150 baru sahaja diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Bantuan ini merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang bertujuan untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai di setiap premis perniagaan (e-Wallet Belia 2022).

Yang Berhormat Mulia Senator, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, selaku Menteri Kewangan Malaysia berkata, Bantuan e-Start ini akan mengkreditkan sebanyak RM150 secara one-off ke dalam akaun e-Wallet para belia dan juga para pelajar yang belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

"Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta bagi program ini, pihak kerajaan amat berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan bantuan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Sebagai contoh, pembelian barangan yang berguna seperti kelengkapan pembelajaran dan juga buku-buku."

Maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan program e-Start adalah seperti yang berikut:

PERMOHONAN BANTUAN E-PEMULA RM150

Program e-Start ini merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang bertujuan untuk memupuk lagi budaya trasaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Dengan adanya program ini, sejumlah RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-Wallet para belia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun serta pelajar yang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


APAKAH E-WALLET YANG TERLIBAT?

Rangkaian bagi e-Wallet yang terlibat belum lagi diumumkan buat masa ini.

Penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan pada tahun lalu yang mana bermula pada 1 Jun sehingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi yang berikut:
  • Boost.
  • BigPay.
  • Grab Pay.
  • Touch N Go eWallet.

Sebarang maklumat yang terkini berkaitan dengan program e-Start ini akan dikemaskini oleh pihak kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

SENARAI BANTUAN BELIA DALAM BAJET 2022

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak bantuan serta inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan melalui Bajet 2022 yang dibentangkan tempoh hari.

Oleh itu, jangan lupa untuk mendapatkan info yang terkini dari semasa ke semasa untuk memohon kesemua bantuan yang telah disediakan.

Anda diminta untuk merujuk senarai berikut untuk maklumat yang lebih lanjut:




APAKAH ITU PROGRAM E-START?

Program eStart merupakan sebuah program yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless) dalam kalangan para belia serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar.

JUMLAH BANTUAN YANG DISEDIAKAN

Kepada pemohon yang layak, mereka boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-Tunai.

KUMPULAN YANG LAYAK MEMOHON

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 tahun ke 20 tahun pada tahun 2022.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Sebarang permohonan dapat dilakukan melalui aplikasi eTunai yang terlibat yang akan diumumkan oleh pihak kementerian yang terlibat dalam masa yang terdekat nanti.

Untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain, anda mestilah melayari laman web https://www.mof.gov.my/ .

Post a Comment

0 Comments