SEMAKAN ONLINE
MySalam: Terima Bantuan Kewangan RM700 Secara Automatik April 2022
Bantuan MySalam ini merupakan bantuan dalam bentuk skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful. Hal ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk memudahkan kehidupan dan meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah bagi menjalani kehidupan yang normal sama seperti orang lain apabila berhadapan dengan cabaran ekonomi dan juga kewangan serta penyakit yang dihidap.
KEBAIKAN MYSALAM
Kebaikan yang bakal diperolehi oleh para pemohon yang layak adalah seperti yang berikut:
- Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
- Menerima bayaran sebanyak RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
Untuk pengetahuan anda, MySalam akan diperluas kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan adalah seperti yang berikut:
- Individu OKU yang berumur diantara 18 tahun hingga 65 tahun dengan pendapatan sebanyak RM24,000 setahun.
- Individu yang berumur diantara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
- Individu yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
CARA MENEBUS MSALAM
Langkah-langkah untuk menebus bantuan RM700 MySalam adalah seperti yang berikut:
- Penerima BPR/BSH akan layak secara automatik dan mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
- Untuk membuat semakan, anda boleh lakukannya melalui pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Kesemua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sitem SMS.
- Namun, sekiranya anda layak tetapi tidak menerima SMS, anda hendaklah menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BANTUAN SEBANYAK RM700
Senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menebus bantuan MySalam adalah seperti yang berikut:
- Alzheimer/Demensia teruk.
- Stroke/Angin Ahmar.
- Meningtis Bakteria.
- Pembedahan otak.
- AIDS Gejala Penuh.
- Serangan Jantung.
- Jangkitan HIV.
- Kanser.
- Koma.
- Penyakit-penyakit kritikal yang lain - boleh rujuk DI SINI
Post a Comment
0 Comments