SEMAKAN ONLINE
Maksud Status 'Permohonan Diterima'. Adakah Anda Lulus Atau Sebaliknya? Baca Penjelasannya!
Tujuan program Pengeluaran Khas ini ditubuhkan oleh kerajaan adalah untuk membantu serta meringankan beban rakyat Malaysia yang terkena tempias disebabkan oleh wabak penyakit COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu.
Namun sejak semalam, terdapat majoriti ahli seakan-akan 'tidak yakin' atau 'tidak faham' berkaitan dengan keputusan semakan status yang dipaparkan pada skrin mereka.
'PERMOHONAN DITERIMA' BERMAKSUD LULUS PENGELUARAN
Jika hasil semakan status yang dilakukan oleh anda memaparkan nama anda beserta dengan teks 'Permohonan Diterima', hal ini bermaksud permohonan untuk Pengeluaran Khas anda adalah 'diluluskan' dan anda layak untuk mendapatkan pengkreditan jumlah pengeluaran secara one-off pada 20 April 2022 kelak.
Sebagai contoh, jika anda memohon pengeluaran sebanyak RM9,000 semasa permohonan Pengeluaran Khas ini, dan paparan semakan status pada skrin anda memaparkan 'Permohonan Diterima', hal ini bermakna anda akan menerima bayaran sebanyak RM9,000 secara one-off pada 20 April kelak.
TAHNIAH KAMI UCAPKAN !
Terdapat berita baik kepada semua ahli! Kini, semakan status untuk permohonan Pengeluaran Khas sudah boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam.
Cara semakan beserta pautan semakan akan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon melalui laman Facebook rasmi KWSP.
Ahli tidak perlu untuk melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana-mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Informasi ini diberikan oleh pihak KWSP sendiri.
Ahli hanya perlu membuat semakan status permohonan mereka melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan untuk pemohon.
Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan?
Bagaimanakah caranya untuk melakukan semakan? Pada artikel kali ini, kami dari pihak mkerjaya akan memberikan anda informasi-informasi yang terkini bagi memudahkan proses semakan status permohonan anda.
Anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang turut memohon berkaitan dengan Pengeluaran Khas ini.
CARA SEMAK STATUS LULUS PENGELUARAN KHAS KWSP SEBANYAK RM10,000
Semakan status permohonan Pengeluaran Khas boleh dilakukan oleh ahli bermula pada 9 April 2022 dengan cara:
- Melayari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Kemudian, klik 'Teruskan'.
- Setelah itu, anda diminta untuk klik 'Semakan Status Permohonan'.
- Isi Nombor MyKad/MyPR atau Nombor Passport/MyKAS.
- Selepas itu, isi nombor telefon bimbit anda.
- Sahkan Captcha.
- Kemudian, klik 'Semak Status'.
- Keputusan bagi permohonan yang anda lakukan akan dipaparkan.
- Jika anda LULUS, jumlah permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022.
- Sebagai contoh, jika anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun2/Akaun 1), anda bakal menerima pengkreditan jumlah sebanyak RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022.
- Jika permohonan anda TIDAK DILULUSKAN, pihak KWSP akan melancarkan permohonan untuk membuat rayuan semula selepas 9 April 2022.
- Cara untuk membuat permohonan rayuan akan kamu kongsikan dari semasa ke semasa.
- Anda boleh mengikut channel Telegram rasmi kami di https://t.me/NakKerjaa
- Sebarang perkembangan yang terkini akan kami kongsikan pada channel Telegram tersebut.
- Anda diminta untuk merancang perbelanjaan anda dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.
UPDATE TERKINI
Untuk makluman anda, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kaunter/kios KWSP yang berdekatan dengan anda buat masa ini.
Hal ini kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Anda boleh klik pautan dibawah untuk mengenalpasti lokasinya.
Post a Comment
0 Comments