Cara Mohon Rumah Mampu Milik Bagi Golongan B40 Tahun 2022


Adakah anda tahu bermula tahun lalu sehingga kini, anda sudah boleh memohon untuk mendapatkan rumah mampu milik seperti MyHome, PPR dan Rumah Transit. Ia hendaklah dilakukan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau lebih dikenali sebagai SPRN.

Terdapat sebuah portal yang dikenali sebagai TEDUH yang bertujuan untuk fungsi carian dan berkongsi maklumat beraitan dengan program-program dan projek-projek perumahan awam dan swasta yang terdapat di Malaysia.

SPRN merupakan salah satu modul yang terdapat dalam TEDUH yang berfungsi sebagai pintu 'one-stop centre' untuk rakyat Malaysia yang mana ingin membuat permohonan tentang program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Maklumat berkaitan dengan permohonan ini akan kami kongsikan kepada anda.

PENDAFTARAN ATAS TALIAN SPRN
  1. Untuk membuat pendaftaran, ianya boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Kemudian, klik 'Daftar Akaun'.
  3. Setelah masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat e-mel yang digunakan.
  4. Anda hendaklah klik 'Daftar' dan menyemak e-mel bagi tujuan pengesahan.

Skim bantuan yang anda boleh mohon di bawah SPRN adalah seperti yang berikut:
  • Skim SPP.
  • Skim MyHome.
  • Skim Rumah PPR.
  • Skim Rumah Transit.
CARA UNTUK MEMOHON

Kesemua permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian. 

Pihak KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan yang dilakukan secara manual tidak akan diterima sama sekali.

PROSES PERMOHONAN

A. Daftar Akaun
  1. Anda hendaklah membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register. untuk membuat permohonan.
  2. Kemudian, masukkan maklumat nama, nombor kad pengenalan dan juga e-mel. Seterusnya, klik butang 'Daftar'.

B. Buat Pengesahan
  1. Untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan, pemohon akan menerima e-mel dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK.
  2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa mereka klik pada pautan berwarna biru seperti gambar di bawah untuk tujuan pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
  3. Kata laluan hendaklah dimasukkan. Anda hendaklah memastikan bahawa ruangan 'Pengesahan Kata Laluan' adalah sama dengan ruangan 'Kata Laluan'. Kemudian, anda diminta untuk klik butang 'Simpan'.
C. Log Masuk

Nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah diset pada ruangan dimasukkan. Setelah itu, log masuk akaun tersebut.

D. Pilih Skim Perumahan
  1. Anda hendaklah mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan untuk membuat permohonan. Kemudian, klik pautan 'Pilih Skim'.
  2. Sebelum membuat permohonan, anda diminta untuk membaca kelayakan dan syarat pemohon untuk setiap skim. Pada bahagian kanan pilihan skim, terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan anda. Kemudian, klik butang 'Pilih Skim'.
E. Maklumat Pemohon
  1. Klik pada pautan maklumat pemohon.
  2. Setelah itu, masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang 'Simpan'. Maklumat yang wajib hendaklah diisi sehingga ikon bewarna hijau.
F. Pilih Projek

Klik pautan 'Projek' untuk membuat permohonan projek.

G. Dokumen Sokongan

Untuk memuat naik dokumen sokongan permohonan, klik pautan 'Dokumen Sokongan'.

H. Pengesahan

Untuk menghantar permohonan, klik pautan 'Pengesahan'.


SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan adalah berbeza mengikut skim yang anda ingin mohon.

SKIM MYHOME

Sebagai contoh seperti Skim MyHome, pihak KPKT telah menetapkan kriteria seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 dan ke bawah.
  • Pembelian untuk rumah pertama bagi satu isi rumah. Ianya merujuk kepada pasangan suami isteri atau bujang sahaja. Pasangan yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
Terdapat insentif sebanyak RM30,000 seunit yang memberui faedah kepada pemaju-pemaju swasta dan pembeli-pembeli rumah.

Dokumen sokongan untuk memohon MyHome adalah seperti yang berikut:
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan.
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan.
SKIM RUMAH PPR (DISEWA & DIMILIKI) SEWA SERENDAH RM124

Syarat kelayakan bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000 adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon belum memiliki rumah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
  • Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
Rumah-rumah PPR (Dimilii) dijual pada harga RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak manakala RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia.

Ciri-ciri Rumah PPR adalah seperti yang berikut:
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres.
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.
Pada bulan Februari 2022, Program PPR (disewa) telah diperkenalkan. Ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

SKIM RUMAH TRANSIT (SPRN)

Anda hendaklah memenuhi kriteria di bawah bagi memohon Rumah Transit:
  • Tiada rekod jenayah.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon.
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon.
Program Rumah Transit ini diwujudkan adalah bertujuan untu memberikan kemudahan peruimahan secara sementara kepada pasangan yang muda dan baru berkahwin yang berada dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun.

Ianya bertumpu di bandar-bandar besar bagi mengurangkan beban yang dipikul oleh pasangan muda yang mempunyai pendapatan yang rendah/berkelayakan.

Rumah Transit ini akan disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 dalam sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Pihak penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak untuk tujuan pengosongan rumah.

SKIM SPP

Untuk skim SPP pula, anda hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.
Tujuan Skim SPP ini diwujudkan adalah untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

SOALAN LAZIM

Apakah fungsi TEDUH?
  • TEDUH berfungsi sebagai salah satu saluran portal utama yang memaparkan maklumat berkaitan dengan projek-projek dan juga program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?

Antara skim perumahan yang ditawarkan oleh pihak SPRN adalah seperti yang berikut:
  • Skim SPP.
  • Skim MyHome.
  • Skim Rumah Transit.
  • Skim PPR (Disewa & Dimiliki).
Berapakah kadar sewaan Rumah Transit?
  • RM250 sebulan.
Berapakah kadar sewaan Rumah PPR?
  • RM124 sebulan.
Berapakah had pinjaman skim SPP?
  • Had pinjamannya adalah sebanyak RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan skim ini, anda boleh melayari:

Post a Comment

0 Comments