Rumah Sewa PPR 2022: Panduan Mohon Rumah Sewa PPR RM124 Sebulan Bagi Golongan B40



Bermula tahun lalu sehingga kini, anda sudah boleh membuat permohonan untuk memilik rumah mampu milik seperti MyHome, PPR dan juga rumah transit. Permohonan yang dilakukan itu hendaklah dilaukan melalui SPRN atau lebih dikenali sebagai Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

TEDUH merupakan sebuah portal yang mana ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian yang berkaitan dengan program-program dan projek-projek perumahan swasta dan awam di Malaysia.

Terdapat beberapa modul yang ada di dalam portal TEDUH berikut. Salah satunya ialah Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN yang mana berfungsi sebagai sebuah pintu 'one-stop centre' untuk rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Kami di mkerjaya.com akan sentiasa mengemaskini maklumat yang berkaitan dengan permohonan rumah ini.

PENDAFTARAN ATAS TALIAN SPRN

Proses pendaftaran atas talian SPRN adalah seperti yang berikut:
  1. Untuk membuat pendaftaran SPRN, anda boleh melakukannya di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Kemudian, klik 'Daftar Akaun'.
  3. Setelah itu, masukkan nama berserta nombor kad pengenalan dan alamat emel yang berdaftar.
  4. Klik 'Daftar' dan semak emel bagi membuat pengesahan.


Skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:
  • Skim SPP.
  • Skim MyHome.
  • Skim Rumah PPR.
  • Skim Rumah Transit.
CARA MEMOHON

Untuk makluman anda, semua permohonan yang hendak dibuat haruslah dilakukan secara online.

Pihak KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan yang dibuat secara manual tidak akan diterima sama sekali.

PROSES PENDAFTARAN

A. Daftar Akaun
  1. Anda perlulah membuat pendaftaran akaun melalui laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
  2. Kemudian, masukkan maklumat nama, nombor kad pengenalan dan emel anda. Seterusnya, klik butang 'Daftar'.

B. Buat Pengesahan 
  • Bagi individu yang membuat permohonan, mereka menerima emel dari Pendaftaran Akaun Skim Perumahan Mampu Milik untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
  • Pemohon hendaklah memastikan mereka klik pada pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk mengaktifkan akaun dan penetapan kata laluan anda.
  • Kemudian, masukkan tetapan kata laluan anda. Anda hendaklah memastikan ruangan 'Pengesahan Kata Laluan' adalah sama. Setelah itu, klik butang simpan.
C. Log Masuk
  • Nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan dimasukkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.
D. Pilih Skim Perumahan
  • Anda hendaklah mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan untuk membuat permohonan. Klik pautan 'Pilih Skim'.
  • Pemohon hendaklah membaca syarat dan juga kelayakan bagi setiap skim sebelum membuat sebarang permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan. Ianya ada pada bahagian kanan pilihan skim. Setelah itu, klik butang 'Pilih Skim'.
E. Maklumat Pemohon
  • Pautan maklumat pemohon di klik.
  • Maklumat pemohon yang diperlukan dimasukkan dan klik butang 'Simpan'. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
F. Pilih Projek
  • Untuk memohon projek, klik pada pautan 'Projek'.
G. Dokumen Sokongan
  • Untuk memuat naik dokumen sokongan permohonan, klik pada pautan 'Dokumen Sokongan'.
H. Pengesahan
  • Bagi menghantar permohonan, klik pautan 'Pengesahan'.


SYARAT KELAYAKAN

Skim yang anda ingin mohon adalah berbeza mengikut syarat kelayakan.

Skim MyHome

Bagi skim MyHome, ciri-ciri pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
  • Pembelian rumah yang pertama untuk satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada suami dan isteri yang telah bekerja atau bujang sahaja. Adalah tidak layak untuk pasangan suami dan isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah.
Skim MyHome ini juga menyediakan pelbagai kemudahan sehingga RM30,000 seunit yang mana memberi impak yang positif kepada pembeli-pembeli rumah serta pemaju-pemaju swasta.

Dokumen sokongan untuk memohon MyHome adalah seperti yang berikut:
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan kad pengenalan /MyKid/Sijil kelahiran.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan.
  • Salinan kad OKU/Surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan.
Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa) Sewa Serendah RM124

Untuk Rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon belum memiliki rumah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
  • Rumah-rumah PPR (Dimiliki) dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
  • Kerajaan juga turut melaksanakan PPR (Dimiliki) untuk membolehkan golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Ciri-ciri rumah PPR (Dimiliki) adalah seperti yang berikut:
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres.
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan - 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air.
  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika , dan lain-lain.
  • Program PPR (Disewa) telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang mempunyai pendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Skim Rumah Transit (SPRN)

Anda hendaklah memenuhi kriteria di bawah bagi memiliki rumah transit:
  • Tiada rekod jenayah.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit dipohon.
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan/negeri rumah transit dipohon.
Program Rumah Transit ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah bekahwin dan berumur 18 hingga 30 tahun.

Program ini adalah untuk mengurangkan beban pasangan muda yang mempunyai pendapatan yang rendah/berkelayakan.

Rumah ini akan disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan dalam masa 2 tahun.

Skim SPP

Untuk memiliki skim ini, anda hendaklah menepati syarat kelayakan yang berikut:
  • Berumur 21 tahun hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang lain.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 sehingga RM3,000.00 dalam tempoh sebulan.
Skim ini diwujudkan adalah untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

SOALAN LAZIM

Apakah fungsi TEDUH?
  • Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.
Apakah skim perumahan yang telah ditawarkan oleh SPRN?
  • Skim MyHome.
  • PPR (Dimiliki & Disewa).
  • Rumah Transit.
  • Skim SPP.
Berapakah kadar sewaan rumah PPR?
  • RM124 sebulan.
Berapakah kadar sewaan Rumah Transit?
  • RM250 sebulan.
Berapakah had pinjaman bagi Skim SPP ini?
  • RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk meklumat yang lebih terperinci, anda boleh melayari:

Post a Comment

0 Comments