RASMI: Perdana Menteri Umum Pengeluaran Khas KWSP RM10,00




Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas Berkata, Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau (KWSP) melalui 3 skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah 101 Billion ringgit.

Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara 2 tahun lalu. Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara meneyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP. Justeru, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 ribu ringgit.

PENGELUARAN KWSP RM10,000 ONE-OFF

Penjelasan lanjut dan detail mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpana masa hadapan.

Walaupu kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini. Namun, saya merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak. Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan.

Terima kasih dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Berikut adalah ucapan perdana menteri di sidang media khas sebentar tadi. 


Post a Comment

0 Comments