Jadual Pembayaran, Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 Bulan Mac 2022



Pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi Fasa 1 akan bermula pada 28 Mac 2022 untuk 8.6 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 Billion. 

Pemberian akan dibuat secara automatik secara terus kepada akaun yang telah didaftarkan. Bagi penerima yang tidak mempunyai sebarang akaun bank, pemberian bantuan berkenaan akan dibuat di BSN berhampiran kediaman anda mulai 30 Mac 2022.
 
Langkah untuk membuat tuntutan dan juga semakan BKM bagi penerima wang tunai adalah seperti yang berikut:


PENERIMA BKM SECARA TUNAI

Antara yang layak untuk menerima adalah seperti yang berikut:
  • Gagal kredit. (akaun yang tidak aktif dan akaun tutup)
  • Tidak mempunyai sebarang akaun bank.
TARIKH UNTUK PEMBAYARAN BKM DILAKUKAN

Pembayaran BKM ini akan dilaksanakan pada 30 Mac 2022.

CARA-CARA UNTUK MENUNTUT

Bayaran BKM bagi penerima tunai bantuan ini akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan beserta dokumen yang dikehendaki ketika hadir ke cawangan BSN.

SEMAKAN KELULUSAN

Sekiranya anda ingin membuat semakan berkaitan dengan kelulusan anda dalam membuat permohonan bantuan ini, anda boleh melayari laman web yang tertera:

WAKIL BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bagi mereka yang tidak dapat ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat tuntutan berkenaan dengan bantuan ini, anda hendaklah memastikan bahawa anda telah mengisi borang maklumat wakil di laman web rasmi BKM 2022.

Apakah objektif maklumat wakil diisi oleh pemohon BKM 2022 ini? Tujuan maklumat waris ini diisi adalah untuk:
  • Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) sekiranya pemohon/pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia.
  • Wakil bagi penuaian BKM 2022.
Wakil yang layak untuk didaftarkan semasa membuat permohonan BKM ini adalah seperti yang berikut:
  • Ibu.
  • Bapa.
  • Cucu.
  • Pasangan.
  • Adik-beradik.
  • Anak
  • Anak Tiri
  • Anak Angkat 
  • Anak Kandung.
Siapakah wakil yang dibenarkan untuk membuat penuaian BKM 2022 atau tuntutan SKK BKM 2022 ini? Wakil yang layak adalah seperti yang berikut:
  • Wakil yang telah didaftarkan oleh pemohon di bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan nombor 2.
  • Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada borang BKM bagi tahun 2022.
Bagi had umur untuk melayakkan seseorang itu menjadi wakil, tiada had dikenakan untuk masa ini.

Sekiranya saya bukan warganegara Malaysia tetapi bermastautin di Malaysia, adakah saya layak untuk didaftarkan sebagai wakil?
  • Ya, sekiranya anda bukan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak untuk menjadi wakil jika hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada bapa/ibu/pasangan/adik-beradik/cucu/anak yang menetap di Malaysia.
KADAR BAYARAN

Jumlah bayaran yang bakal diterima oleh pemohon yang layak adalah seperti yang berikut:


MAKLUMAT LANJUT

Untuk meklumat yang lenih terperinci, anda boleh melayari laman web yang tertera:

Post a Comment

0 Comments