Alhamdulillah! TERKINI: Gaji Minima RM1,500 Akan Bermula Pada 1 Mei 2022



Kuala Lumpur: Kadar gaji minimum yang berjumlah RM1,500 akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bermula Mei pada tahun ini.

Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang telah diadakan pada petang tadi.

PERINCIAN GAJI MINIMA RM1,500

"Saya telahpun mendengar perbahasan yang dilakukan oleh para perwakilan serta keluh kesal daripada rakyat di luar sana. 

Oleh sebab itu, saya ingin mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan meluluskan pelaksanaan bagi kadar gaji minimum baharu RM1,500 dalam tempoh sebulan bermula pada 1 Mei 2022 di seluruh negara." Ianya disambut baik dengan tepukan yang gemuruh daripada para perwakilan yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

Dalam masa yang sama, hal ini telahpun dikaji oleh pihak kerajaan secara mendalam sebelum keputusan perlaksanaannya dibuat.

Ia juga telah mengambil kira beberapa aspek yang penting termasuklah impak terhadap perusahaan-perusahaan mikro, kecil dan juga sederhana (PMKS).

PELAKSANAAN GAJI MINIMA

"Hal ini hanya melibatkan majikan sektor swasta yang mana mempunyai lima orang pekerja dan ke atas."

"Justeru itu, Innsya-Allah, inisiatif lain seperti Bantuan Keluarga Malaysia juga diharapkan agar memberi manfaat lebih ramai penduduk iaitu sebanyak 9 juta penerima yang layak dengan implikasi sumber kewangan yang berjumlah RM8.2 Billion pada hujung bulan ini," ujarnya lagi.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga telah ditambahbaik daripada sebelumnya. Ianya dilakukan dengan cara meningkatkan jumlah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

"Jumlah bantuan yang diagihkan ini ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak untuk seisi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai hanya seorang hingga dua anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.

Tambahan pula, ia juga memperkenalkan kadar tambahan untuk kategori isi rumah yang terhad kepada ibu/bapa tunggal (IBT) dan juga warga emas," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments