Semakan Tarikh Pembayaran & Jumlah Pembayaran i-Sayang KWSP Tahun 2022




Untuk makluman anda, terdapat ramai pencarum KWSP diluar sana yang meminta agar pihak KWSP dapat melaksanakan pengeluaran terakhir berjumlah RM10,000 secara one-off. Hal ini adalah untuk membantu membaik pulih ekonomi yang nyata menjejaskan kehidupan seharian rakyat dek kerana wabak COVID-19.

Sementara menunggu pengumuman rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off, pihak kerajaan telahpun mewujudkan skim mengenai pengeluaran kewangan melalui I-Sayang KWSP.

PENGENALAN I-SAYANG KWSP

Program ini merupakan salah satu skim pengeluaran Kemudahan KWSP yang baru sahaja diperkenalkan pada bulan November 2021 yang lalu oleh Pihak Kerajaan Malaysia. Kemudahan ini disediakan adalah bertujuan untuk memastikan penjagaan kesejahteraan rakyat dalam simpanan kewangan pada masa yang akan datang.

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pengerusi KWSP, beliau berkata bahawa Pengeluaran Kemudahan I-Sayang ini membolehkan para pencarum membuat pemindahan secara sukarela ke dalam akaun isteri sebanyak 2%.

KADAR BAYARAN

Jumlah bayaran melalui skim pengeluaran kemudahan I-Sayang KWSP adalah seperti yang tertera:
  • Kepada mana-mana pencarum yang ingin membuat caruman secara sukarela boleh membuat permintaan kepada majikan masing-masing dalam meningkatkan caruman kepada 11% dan pihak KWSP juga akan turut menyokong.
  • Pemindahan caruman secara sukarela ke atas akaun isteri daripada akaun suami.
  • Pihak isteri akan menerima sebanyak 2% kadar bayaran.

TARIKH PEMBAYARAN

Untuk makluman para pencarum di luar sana, pembayaran berkaitan dengan skim pengeluaran kemudahan I-Sayang KWSP ini akan dilaksanakan pada Suku Pertama tahun 2022. Belum ada lagi tarikh rasmi pembayaran kemudahan I-Sayang KWSP buat masa ini. Segala informasi berkenaan dengan I-Sayang KWSP akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Borang untuk membuat permohonan belum lagi dikeluarkan oleh pihak KWSP buat masa ini. Sebarang maklumat akan turut dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan. Hal ini dapat dilihat ketika negara kita dilanda pandemik. Objektif utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk meringankan beban yang dialami oleh rakyat yang memerlukan terutamanya yang mempunyai pendapatan yang rendah. Sekiranya anda terlepas pandang atau ingin mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan dengan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda mohon.

Anda boleh ke Laman Utama berkenaan dengan senarai bantuan yang telah disediakan:

Post a Comment

0 Comments