Pengumuman Tarikh Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021




Adakah anda tahu bahawa penyata bagi tahun 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan upah/gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021). Hal ini akan berlaku sekiranya majian membuat bayaran caruman untuk tempoh yang dinyatakan.

Tarikh pengumuman dividen KWSP 2022 dan cara untuk membuat semakan online adalah seperti yang berikut.


TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2022

Pihak KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 iaitu dalam tempoh pertengahan atau penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac. Info ini telah dikutip daripada Facebook rasmi KWSP.



DIVIDEN KWSP 2021 (TAHUN KEWANGAN 2020)

KWSP telah mengumumkan dividen sebanyak 5.2% dan jumlah agihan sejumlah RM42.88 billion khas untuk Simpanan Konvensional, manakala sebanyak 4.9% untu Simpanan Syariah dengan agihan sebanyak RM4.76 billion. Hal ini telah pun dimaklumkan pada 27 Februari 2021 yang lalu.



DIVIDEN KWSP

Jaminan bagi adar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Ianya di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27.

Oleh sebab itu, ahli tetap akan diberi jaminan dan menerima kadar dividen minimum itu walau dalam apa keadaan sekalipun.

Untuk makluman anda, kadar dividen bagi Simpanan Syariah KWSP ini adalah berlandaskan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan jaminan kadar dividen minimum ini.




CARA MEMBUAT SEMAKAN DIVIDEN KWSP

Cara untuk membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun adalah seperti yang berikut:
  1. Anda hendaklah melayari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  2. Kemudian, 'Log Masuk' dan masukkan ID beserta kata laluan anda yang telah didaftarkan.
  3. Selepas itu, klik 'View Details' di bahagian 'Dividen'.
  4. Perincian berkaitan 'Dividen Tahun 2020' akan dipaparkan.

Anda juga boleh menggunakan telefon pintar anda untuk membuat semakan dividen KWSP.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kemusykilan atau persoalan yang ingin diajukan, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Post a Comment

0 Comments